Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487417
Title: | Motivasi di Malaysia menurut sunnah dan kepentingannya dalam pembangunan modal insan kajian analisis tematik |
Authors: | Amiruddin Mohd Sobali (P23777) |
Supervisor: | Mohd Arif Nazri, Dr. |
Keywords: | Modul motivasi Modal insan Buku motivasi Sunnah sahihah Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Feb-2016 |
Description: | Terdapat pelbagai jenis motivasi di Malaysia yang menyentuh tentang modal insan. Di antara yang paling mendapat sambutan ialah motivasi pendidikan, motivasi akhlak dan motivasi kerjaya. Malah program seumpama ini begitu mendapat tempat sama ada dalam kalangan sektor awam mahupun swasta. Sambutan yang amat menggalakkan ini menyebabkan ramai pakar motivasi yang tidak berlatarbelakang pendidikan Islam memperkasakan pendekatan mereka dengan memuatkan hadis di dalam penulisan dan ceramah mereka tanpa menyatakan status hadis tersebut. Situasi ini menyebabkan mereka melakukan banyak kesilapan seperti berhujah dengan hadis palsu dan hadis yang diragui kerana tidak dinyatakan statusnya. Kajian ini bertujuan mengatasi masalah ini dengan menganalisa hadis yang digunakan dalam buku-buku motivasi untuk mengenalpasti statusnya. Sebagai alternatif kajian ini membentuk modul motivasi menurut hadis sahih yang memfokus kepada tiga tema motivasi di atas. Permasalahan kajian ini adalah wujudnya penyebaran hadis palsu di dalam buku motivasi. Ia juga rentetan daripada cadangan penyelidikan akademik terhadap penambahbaikan modul motivasi agama. Selain itu terdapat penyelidikan yang mencadangkan penubuhan bank hadis yang berfungsi sebagai rujukan umat dalam bab-bab tertentu menurut hadis yang sahih. Kajian kualitatif ini menggunakan metod kritikan untuk mentakhrij hadis-hadis di dalam buku-buku terpilih dan menggunakan pendekatan deskriptif untuk membentuk modul baru. Buku yang dianalisis ialah buku-buku pakar motivasi tersohor. Menerusi kajian ini, sejumlah 103 hadis dikaji yang merangkumi ketiga-tiga tema motivasi tersebut. Hasil kajian mendapati status hadis adalah seperti berikut; 70 hadis sahih, 17 hadis lemah, 5 hadis palsu, 6 hadis tiada asal dan 5 hadis yang dinisbahkan kepada perawi secara salah, selain 30 tips agama yang tiada sumber. Kajian turut mengkaji latarbelakang tokoh motivasi terkenal dan mendapati ia tidak sesuai untuk motivasi agama. Kajian ini menyumbang kepada pembentukan modul motivasi pendidikan, motivasi kerjaya dan motivasi akhlak berasaskan hadis sahih yang memberi impak positif kepada pelajar dan pendidik, warga kerja serta pelatih pusat pemulihan demi pembinaan modal insan berlandaskan petunjuk sunnah sahihah.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 358 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_84902+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.64 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.