Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487282
Title: Pembangunan indeks penilaian keadaan bangunan sekolah
Authors: Malike Mahli (P45969)
Supervisor: Adi Irfan Che Ani, Prof. Madya Sr. Dr.
Keywords: Pembangunan indeks
Indeks penilaian
Penilaian keadaan bangunan sekolah
School buildings--Inspection
Issue Date: 12-Dec-2012
Description: Penilaian keadaan bangunan merupakan aktiviti penting bagi sesebuah organisasi dan terkandung dalam Model Pengurusan Aset Menyeluruh bagi infrastruktur, bangunan dan aset alih khas. Sekolah pula merupakan antara aset negara yang sangat berharga dan terdapat di segenap pelusuk tanahair. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kriteria penilaian keadaan bangunan sekolah rendah, membangunkan model konsep penilaian keadaan bangunan sekolah dan membangunkan indeks penilaian keadaan bangunan sekolah di kawasan Kuching, Sarawak. Kaedah penyelidikan melibatkan kerja ukur kondisi bangunan sekolah dan soal selidik terhadap pihak pengurusan sekolah. Sebanyak 24 buah sekolah rendah telah dipilih bagi kajian ini. Pemilihan sampel sekolah dilakukan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah dan persampelan berstrata dengan mengambil kira usia sekolah sebagai Variable of selection (VOS). Kerja ukur kondisi bangunan sekolah dijalankan berdasarkan kaedah penilaian Matriks Condition Survey Protocol (CSP) 1. Kerja-kerja pemeriksaan yang dijalankan terhad kepada ruang-ruang yang boleh diakses secara selamat. Analisis data dijalankan berdasarkan format laporan Matriks CSP1 dengan bantuan perisian komputer Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Bagi kaedah soal selidik, borang soal selidik diedarkan kepada pihak pengurusan sekolah bagi mendapatkan maklum balas berkenaan pengurusan penyenggaraan bangunan di sekolah masing-masing. Sebanyak 112 respon diterima daripada 21 buah sekolah. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kerja ukur kondisi bangunan sekolah mendapati pengkadaran keseluruhan bagi sekolah-sekolah yang diperiksa ialah 9.71, iaitu pada keadaan sederhana (yang lebih kepada sederhana tinggi menghampiri keadaan daif). Sebanyak 4,725 kecacatan bangunan dikesan manakala markah keseluruhan yang terkumpul adalah 45,868. Keputusan juga menunjukkan bahawa usia kritikal bangunan sekolah adalah antara 11-20 tahun. Di samping itu, kecacatan bangunan yang serius banyak dikesan di sekolah-sekolah yang berusia lebih 20 tahun. Hasil soal selidik menunjukkan halangan utama bagi menjalankan kerja pemeriksaan bangunan adalah tiada peruntukan yang mencukupi. Selain itu, analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah-sekolah yang terlibat dalam penyelidikan ini terhadap praktis pengurusan penyenggaraan dan pemeriksaan bangunan sekolah. Indeks Penilaian Keadaan Bangunan Sekolah dibina hasil daripada input data Matriks CSP 1 (kerja ukur kondisi), Pengurusan Penyenggaraan Bangunan Sekolah (soal selidik) dan Aspek Pemeriksaan Bangunan Sekolah (soal selidik). Skala pemarkahan bagi indeks ini ialah 18 (baik) dan 3 (lemah), dengan markah indeks keseluruhan bagi sekolah rendah di bahagian Kuching ialah 10 (sederhana). Kebolehpercayaan data kerja ukur kondisi dibuat melalui analisis regresi logistik dan soal selidik melalui ANOVA. Indeks ini dapat digunakan oleh pihak sekolah dalam membuat rumusan holistik terhadap keadaan semasa bangunan sekolah mereka, dengan mengambil kira keadaan bangunan dan respon pengurusan sekolah.,PhD
Pages: 223
Call Number: TH439 .M338 2012 3
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74911+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.