Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487239
Title: Indeks prestasi keseluruhan bagi pengekstrakan bendalir lampau-genting ke atas Gynura procumbens
Authors: Sitinoor Adeib Idris (P90611)
Supervisor: Masturah Markom, Prof. Madya. Ir. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Gynura procumbens
Sambung Nyawa
Herba tropika
Biochemistry
Issue Date: 8-Sep-2022
Description: Gynura procumbens atau lebih dikenali sebagai Sambung Nyawa, merupakan spesis herba tropika tempatan yang kaya dengan komponen bernilai seperti kaempferol, myrisetin, dan quersetin, dipercayai dapat merawat penyakit seperti diabetis dan barah. Ekstrak dari kaedah pengekstrakan rendaman menggunakan pelarut organik seperti heksana telah dikaji secara meluas melalui ujian pre-klinikal dalam bidang farmaseutikal. Penggunaan pelarut bertoksik tersebut adalah tidak selamat untuk aplikasi industri makanan dan sangat mudah terbakar. Penyelidikan daun Sambung Nyawa menggunakan pengekstrakan bendalir lampau-genting (SFE) dan pelarut tidak bertoksik seperti karbon dioksida masih belum diterokai. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji interaksi dan mengenalpasti nilai optimum parameter SFE seperti tekanan, suhu dan kandungan air dalam ko-pelarut etanol terhadap hasil pengekstrakan, kebolehlarutan dan sebatian flavonoid pilihan yang maksimum melalui pembentukan lengkung pengekstrakan keseluruhan (OEC) dari model matematik Sovová. Namun data termodinamik pelarut campuran etanol-air dan herba sukar diperoleh dan perlu diramal untuk membentuk persamaan Sovová bagi penyesuaian data hasil ekstrak. Oleh itu, rangkaian neural buatan (ANN) iaitu gabungan matematik dan statistik telah digunakan bagi ramalan data hasil pengekstrakan. Selain itu, pengukuran prestasi SFE dari pengoptimuman menggunakan kaedah permukaan sambutan (RSM) tidak menggambarkan prestasi SFE secara menyeluruh. Indeks prestasi keseluruhan, Iprestasi bagi kajian ini telah dibina bagi mengukur kedudukan dan prestasi keseluruhan proses SFE dengan mengambil kira faktor luaran lain yang mempengaruhi SFE. Pengoptimuman proses telah dijalankan terhadap daun Sambung Nyawa pada suhu 60°C hingga 70°C, tekanan dari 20 hingga 30 MPa dan kandungan air dalam etanol sebanyak 10 hingga 30 %. Data eksperimen yang diperoleh telah digunakan sebagai input kepada proses ramalan data menggunakan ANN dan penyesuaian model matematik Sovová. Pengukuran Iprestasi berbilang faktor telah digunakan dengan mengambil kira faktor kebolehlarutan, keselamatan dan kos operasi menggunakan sistem kedudukan dan indeks. Dari hasil eksperimen, hasil pengekstrakan menunjukkan pola pertambahan mengikut pertambahan nilai parameter seperti tekanan dengan julat nilai dari 2.2-15.9 % (g/g). Manakala nilai kebolehlarutan mempunyai julat di antara 0.1-2.4 x 103 g G. procumbens/g CO2. Keadaan optimum bagi hasil pengekstrakan ialah 16.25 % diperoleh pada 24 MPa, 68.8 °C dan 29.8 % kandungan air dalam etanol. Keputusan analisis menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC) pada setiap fraksi SFE G. procumbens menunjukkan komponen kaempferol, quersetin dan myrisetin berjaya dikesan dengan nilai tertinggi diperoleh masing-masing 0.042 %, 0.049 % dan 0.014 % (g/g). Konfigurasi optimal ANN pada 3-6-1 dipilih kerana menghasilkan nilai regresi R paling tinggi iaitu 0.988 dan min ralat kuasa dua ralat (MSE) paling rendah iaitu 0.30, 1.03 dan 0.39 bagi latihan, pengesahan dan pengujian. Keputusan analisis skor keselamatan bahan kimia adalah paling tidak selamat pada penggunaan 7 % kandungan air dalam etanol. Manakala penilaian ekonomi menunjukkan kos utiliti mendominasi kos operasi SFE. Iprestasi bagi SFE daun Sambung Nyawa berjaya dibina dengan parameter yang terbaik diperoleh pada 21 MPa, 65°C dan 33% kandungan air dalam etanol (v/v %) dengan hasil pengekstrakan sebanyak 11.80 %. Persamaan Iprestasi yang dibina dapat memberikan rujukan kepada penyelidik lain berkenaan kaedah pengukuran prestasi keseluruhan terhadap SFE herba.,Ph.D
Pages: 282
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130628+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.