Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487222
Title: | Kerangka kerja pelaksanaan proses pra-pembangunan produk baharu bagi pengeluar produk makanan dan minuman di PKS Malaysia |
Authors: | Noor Hidayah Abu (P47002) |
Supervisor: | Baba Md. Deros, Prof. Dr. |
Keywords: | New products Product management -- Malaysia Small business -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 29-Aug-2013 |
Description: | Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan nadi utama kepada pembangunan ekonomi Malaysia. PKS turut menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Untuk terus relevan dan berkembang maju PKS perlu membangun, mengeluar dan memasarkan produk baharu secara berterusan. Kajian literatur menunjukkan sebilangan besar PKS gagal dalam proses pembangunan produk baharu (NPD) akibat dari ketidakberkesanan pelaksanaan fasa awal proses pra-pembangunan. Kebanyakan kajian kerangka pelaksanaan proses pra-pembangunan oleh penyelidik terdahulu hanya bertumpu pada organisasi bersaiz besar. Kerangka pelaksanaan proses pra-pembangunan organisasi bersaiz besar tidak sesuai digunakan oleh PKS kerana ia mempunyai struktur dan ciri yang amat berbeza. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu: mengenal pasti amalan; mengenal pasti halangan; dan membangunkan sebuah kerangka berserta garis panduan bagi pelaksanaan proses pra-pembangunan NPD dengan mengambil kira struktur dan ciri PKS. Kajian kuantitatif menggunakan borang soal selidik, diikuti oleh kajian kualitatif menggunakan kajian kes telah digunakan untuk mencapai objektifobjektif kajian. Sebanyak 687 borang kaji selidik telah diedarkan kepada PKS produk makanan dan minuman di Malaysia. Kadar maklum balas kaji selidik ini ialah sebanyak 27.2%. Analisis statistik deskriptif menunjukkan wujud perbezaan amalan aktiviti proses pra-pembangunan NPD dan faktor kritikal di antara PKS dengan organisasi bersaiz besar. Analisis ANOVA turut mendedahkan PKS lebih mementingkan faktor kritikal seperti kemampuan ketua kumpulan, motivasi, dan penglibatan organisasi luar. Manakala, organisasi bersaiz besar lebih mementingkan faktor kritikal seperti peralatan, teknik sokongan, strategi produk dan latihan. Kajian kes berganda telah dilakukan di empat buah PKS bertujuan memahami dengan lebih mendalam "bagaimanakah PKS boleh melaksanakan proses pra-pembangunan NPD dengan berkesan?" dan "mengapakah pelaksanaan proses tersebut gagal" PKS dipilih berdasarkan kemampuan dan pengalaman mereka membangunkan produk baharu dalam tempoh lima tahun beroperasi. Perbandingan silang dengan organisasi tersebut menunjukkan: aktiviti terpenting dalam proses pra-pembangunan NPD ialah mengkaji keperluan dan kehendak pengguna; faktor kejayaan kritikal bagi pelaksanaan ialah komitmen pemimpin atasan PKS; dan halangan utama pelaksanaan ialah perancangan kurang teliti. Penyelidik telah berjaya membangunkan sebuah kerangka berserta garis panduan pelaksanaan proses prapembangunan NPD dengan mengambil kira struktur dan ciri PKS. Kerangka tersebut telah disahkan oleh 22 orang panel pakar melalui teknik Delphi dan disahkan sekali lagi melalui kajian kes tunggal. Dari segi teori, penyelidik telah berjaya memperkenalkan sebuah kerangka terbaharu dalam bidang NPD yang merangkumi maklumat berkenaan konsep, hala tuju, dan komponen-komponen utama bagi pelaksanaan proses prapembangunan dengan mengambil kira struktur dan ciri PKS. Dari segi praktikal, penyelidikan ini menyediakan sebuah kerangka berserta panduan kepada pengamal industri bagi pelaksanaan proses pra-pembangunan di PKS.,Ph.D. |
Pages: | 306 |
Call Number: | TS170.N645 2013 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_71608+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.22 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_71608+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.37 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.