Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487209
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMuhamad Alias Md Jedi, Dr.
dc.contributor.authorIzamarlina Asshaari (P90051)
dc.date.accessioned2023-10-11T02:30:26Z-
dc.date.available2023-10-11T02:30:26Z-
dc.date.issued2021-09-29
dc.identifier.otherukmvital:125312
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487209-
dc.descriptionMagnetohidrodinamik merupakan satu kajian tentang pergerakan bendalir pengkonduksi elektrik seperti logam cecair, elektrolit, plasma yang bertindak balas dengan medan magnet, dan digunakan secara meluas dalam bidang kejuruteraan seperti pembekuan reaktor atom, generator magnetohidrodinamik, turas elektrostatik dan industri petroleum. Kajian mengenai magnetohidrodinamik terhadap aliran dan pemindahan haba bagi nanobendalir mono dan hibrid dalam aliran bersama masih belum dikaji secara meluas. Selain itu, kajian secara eksperimen pula memerlukan masa yang agak panjang di samping kos yang agak mahal. Oleh itu, kajian magnetohidrodinamik bagi nanobendalir mono dan hibrid boleh dibuat secara simulasi dengan menggunakan permodelan matematik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tingkah laku pemindahan haba dalam aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik bagi nanobendalir mono dan hibrid. Dua model nanobendalir digunakan dalam kajian ini iaitu model nanobendalir Tiwari dan Das dan model nanobendalir aliran bersama. Model matematik nanobendalir yang melibatkan persamaan pembezaan separa menakluk diterbitkan. Kemudian, model matematik ini dijelmakan kepada persamaan pembezaan biasa peringkat tinggi melalui kaedah penjelmaan keserupaan yang yang kemudiannya diselesaikan secara berangka dengan menggunakan kaedah atur cara boundary value problem with fourth-order accuracy (bvp4c) dalam perisian MATLAB. Atur cara bvp4c ini menggunakan kaedah Lobatto IIIa. Dalam bvp4c, sistem persamaan pembezaan peringkat tinggi perlu diturunkan kepada sistem persamaan pembezaan biasa peringkat pertama. Penyelesaian bagi kedua-dua model matematik memberikan penyelesaian keserupaan yang wujud secara berpasangan iaitu penyelesaian pertama dan kedua. Hasil dapatan daripada kaedah berangka menunjukkan apabila pecahan isi padu nanotiub karbon dinding tunggal, φ ditetapkan pada nilai 0.2, dengan kehadiran kesan medan magnet, M = 0.00, 0.01, dan 0.02 nilai kritikal untuk penyelesaian dual bagi parameter halaju, λc masing-masing ialah λc = -0.6415, -0.6144 dan -0.5879. Selain itu, hasil dapatan untuk nanobendalir hibrid mendapati apabila nanotiub karbon multidinding, φ2 ditetapkan pada 0.2, nilai kritikal untuk M = 0.00, 0.01 dan 0.02 masing-masing ialah λc = -0.7615, -0.7962 dan -0.8319. Selanjutnya, melalui model aliran bersama, dengan nilai φ = φ2 = 0, 0.1 dan 0.2, didapati keputusan yang hampir sama diperoleh seperti model Tiwari dan Das. Namun, keputusan nilai gerakan Brown dan termoforesis pada nilai M = 0.01 akan mengurangkan nombor Nusselt setempat manakala nombor Sherwood setempat akan meningkat. Seterusnya, analisis statistik bagi data nombor Nusselt dan nombor Sherwood setempat menunjukkan nilai pekali korelasi R berada dalam julat antara 0.7239 hingga 0.9999. Hasil keputusan ujian-t menunjukkan nilai-p kurang daripada 0.05. Ujian kenormalan bagi data yang sama menunjukkan bahawa data adalah bertaburan normal. Hasil daripada kajian ini dapat memberikan pengetahuan ilmiah baharu terhadap bidang penyelidikan nanobendalir dan pemindahan haba dan secara tidak langsung menyumbang kepada industri kejuruteraan bendalir. Cadangan kajian lanjutan yang boleh dijalankan pada masa akan datang ialah menggunakan permasalahan yang sama tetapi ke atas permukaan yang berbeza tetapi seperti permukaan jarum nipis dan permukaan silinder.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectMagnetohidrodinamik
dc.subjectNanobendalir
dc.subjectPemindahan haba
dc.titleAnalisis statistik pada aliran lapisan sempadan magnetohidrodinamik dalam nanobendalir mono dan hybrid merentasi plat bergerak mendatar
dc.typeTheses
dc.format.pages259
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_125312+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.83 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.