Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487200
Title: Aklimatisasi dan penuaian mikroalga tempatan bagi penghasilan biodiesel
Authors: Azima Syafaini Japar (P85865)
Supervisor: Mohd Sobri Takriff, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Mikroalga
Biodiesel
Issue Date: 17-Jun-2021
Description: Penuaian biojisim merupakan proses yang paling penting dalam pengkomersialan produk berasaskan mikroalga terutamanya dalam penghasilan biodiesel kerana kos proses penuaian ini boleh mencecah sehingga 50% daripada kos penghasilan biobahan api. Kajian ini merangkumi empat objektif penting iaitu menilai prestasi pertumbuhan mikroalga tempatan, kesan aklimatisasi terhadap penghasilan biojisim dan metabolit primer, pengoptimuman penuaian biojisim mikroalga menggunakan kaedah flokulasi serta penilaian potensi biojisim mikroalga yang telah dituai dalam penghasilan biodiesel. Kajian ini menggunakan empat spesies mikroalga iaitu Chlorella vulgaris, Chlorella sorokiniana (UKM3), Chlamydomonas sp. (UKM6) dan Scenedesmus sp. (UKM9). Tiga peratusan isipadu inokulum dipilih iaitu 10% (v/v), 20% (v/v) dan 30% (v/v) untuk menilai prestasi pertumbuhan mikroalga. Bagi mengkaji kesan aklimatisasi, pertumbuhan secara bersiri dilakukan sehingga tiada perbezaan signifikan dalam parameter pertumbuhan mikroalga. Pengoptimuman penuaian biojisim mikroalga dijalankan menggunakan perisian Design Expert berdasarkan model terpusat muka-reka bentuk komposit berpusat (FC-CCD). Dua faktor yang terlibat adalah kepekatan flokulan dan pH awal kultur mikroalga. Seterusnya, potensi biojisim mikroalga yang telah dituai ditentukan berdasarkan penghasilan metil ester asid lemak (FAME). Bagi uji kaji penilaian prestasi pertumbuhan mikroalga di dalam medium POME tercerna anaerob, 30% (v/v) saiz inokulum menunjukkan penghasilan biojisim (Yb) yang tinggi bagi spesies C. vulgaris, C. sorokiniana (UKM3) dan Scenedesmus sp. (UKM9) iaitu masing-masing sebanyak 1.58±0.05 g/L, 1.87±0.19 g/L dan 1.46±0.08 g/L, manakala Chlamydomonas sp. (UKM6) pula menghasilkan biojisim yang paling tinggi semasa menggunakan saiz inokulum 20% (v/v) iaitu sebanyak 1.88±0.06 g/L. Seterusnya, proses aklimatisasi didapati meningkatkan Yb terutamanya bagi C. vulgaris dengan peningkatan melebihi dua kali ganda iaitu daripada 0.98±0.34 g/L kepada 2.40±0.05 g/L pada generasi ke-6. Di samping itu, proses aklimatisasi juga memberikan peningkatan yang signifikan kepada kandungan lipid bagi C. vulgaris, C. sorokiniana (UKM3) dan Chlamydomonas sp. (UKM6) iaitu masing-masing sebanyak 71.9%, 49.7% dan 20.8%. Pengoptimuman penuaian biojisim mikroalga menunjukkan pH awal kultur mikroalga memberikan kesan yang paling signifikan. Kecekapan penuaian biojisim yang paling tinggi diperoleh dalam keadaan optimum adalah pada pH 12 dengan kepekatan kitosan sebanyak 0.10 g/L bagi C. vulgaris dan C. sorokiniana (UKM3) iaitu masing-masing sebanyak 91.2% dan 81.7%, manakala bagi Scenedesmus sp. (UKM9) pula adalah sebanyak 88.6% pada pH 6 dengan kepekatan kitosan yang sama. Biojisim Chlamydomonas sp. (UKM6) dapat dituai sebanyak 84.6% pada pH 12 dengan kepekatan setiltrimetilammonium bromida (CTAB) sebanyak 0.06 g/L. Potensi biojisim mikroalga yang telah dituai dalam penghasilan biodiesel menunjukkan penghasilan asid heksadekanoik (C16:0) sebagai komponen utama iaitu sebanyak 29.7±0.8 wt% bagi C. vulgaris, 11.8±0.4 wt% bagi C. sorokiniana (UKM3) serta 11.0±0.3 wt% dan 8.6±4.0 wt%, masing-masing bagi Chlamydomonas sp. (UKM6) dan Scenedesmus sp. (UKM9). Daripada kajian ini, dapat disimpulkan bahawa penuaian biojisim mikroalga melalui kaedah flokulasi menghasilkan kecekapan penuaian yang tinggi iaitu melebihi 80% dan pengoptimuman juga berjaya diperoleh dengan pH awal kultur sebagai faktor yang paling signifikan. Spesies mikroalga tempatan yang dipencilkan juga didapati mempunyai potensi yang tinggi dalam penghasilan biodiesel.,Ph.D.
Pages: 262
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_124565+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
11.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.