Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487144
Title: | Pengoptimuman model inventori bersepadu dinamik hijau dengan perdagangan karbon untuk satu pembekal dan satu pelanggan |
Authors: | Achmad Chairdino Leuveano (P75033) |
Supervisor: | Mohd Nizam Ab Rahman, Prof. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Model inventori bersepadu Perdagangan karbon Dinamik hijau |
Issue Date: | 11-May-2020 |
Description: | Ciri pengurusan rantaian bekalan (SC) yang mampan dalam persekitaran perniagaan dinamik memerlukan penyepaduan yang berkesan. Kebanyakan kajian bersepadu antara pembekal dan pelanggan dalam SC hanya tertumpu kepada pengurangan kos sistem sahaja. Namun, peningkatan terhadap kesedaran alam sekitar dalam perniagaan pada masa kini mendorong organisasi dalam mempertimbangkan pengurangan pelepasan CO2 ke dalam operasi SC. Bagi mengurangkan pelepasan CO2, kajian ini menyepadukan aspek pelepasan CO2 dan kos sistem ke dalam konsep keputusan inventori yang bersepadu bagi pembekal-pelanggan di bawah permintaan yang dinamik dan penerapan perdagangan karbon. Perkara tersebut dapat dicapai menerusi tiga objektif utama dalam kajian ini. Pertama, merumuskan model inventori yang digunakan untuk menganalisis keputusan inventori bersepadu yang optimum dalam pelaksanaan operasi SC bagi mengurangkan kos sistem. Kedua, menganalisis keputusan inventori bersepadu yang optimum untuk meminimumkan secara serentak kos sistem dan pelepasan CO2 dalam SC. Ketiga, membangunkan dan menganalisis model keputusan inventori bersepadu dengan pertimbangan perdagangan karbon untuk meminimumkan kos sistem dengan perdagangan karbon. Berdasarkan objektif tersebut, kajian ini mencadangkan pembangunan model inventori bersepadu dinamik (model-1) yang bertujuan untuk pengurangan kos sistem sahaja. Kedua, penyepaduan fungsi pelepasan CO2 ke dalam model-1 yang dikenali dengan pembangunan model inventori bersepadu dinamik hijau (model-2) untuk meminimumkan kos sistem dan pelepasan CO2.. Terakhir, model inventori bersepadu dinamik hijau dengan pertimbangan perdagangan karbon (model-3) dibangunkan untuk mengurangkan kos sistem dengan mengehadkan pelepasan CO2. Bagi pengujian model tersebut, pendekatan GA dan Taguchi digunakan untuk pengoptimuman model. Selain itu, data berangka dan kajian kes sebenar dibentangkan untuk menunjukkan bagaimana prestasi kos sistem dan pelepasan CO2 dapat diminimumkan secara serentak. Dapatan kajian model-1 menunjukkan keputusan inventori bersepadu adalah lebih optimum berbanding keputusan tidak bersepadu dengan penjimatan kos sistem sebanyak 0.72%, 0.77% dan 0.68% pada setiap senario berat 1010 kg, 2534 kg dan 2647 kg. Seterusnya, perbandingan keputusan inventori model-1 dan model-2 menunjukkan keputusan inventori model-1 menghasilkan kos sistem dan pelepasan CO2 secara masing-masing ialah RM 10283854.31 dan 446.50 tan CO2-e. Hal ini menunjukkan apabila keputusan bersepadu adalah lebih optimum, maka kos sistem dan pelepasan CO2 berhasil diperbaiki secara serentak. Menerusi perbandingan keputusan model-1 dan model-2 terhadap model-3, maka keputusan model-3 pada harga karbon RM 62.58 adalah paling optimum yang menghasilkan kos sistem dengan dan tanpa perdagangan karbon dan pelepasan CO2 secara masing-masing ialah RM 10281383.20, RM 10281576.30 dan 445.39 tan CO2-e. Seterusnya, kesan perubahan nilai parameter perdagangan karbon adalah tidak mempengaruhi hasil keputusan inventori apabila telah mencapai titik optimum pada satu nilai parameter perdagangan karbon. Tambahan pula, prestasi kos sistem dengan perdagangan karbon adalah secara songsang terhadap perubahan had dan harga karbon. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada pengurusan SC kerana kemampuan model yang dicadangkan dapat membantu pengurus SC dalam membuat keputusan yang bersepadu untuk menambahbaikkan prestasi dan kedudukan syarikat yang terlibat. Selain itu, manfaat dari keputusan yang bersepadu merangkumi pengurangan kos sistem dan pelepasan CO2 serta mengoptimumkan penerapan perdagangan karbon.,Ph.D. |
Pages: | 328 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123406+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.