Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487133
Title: Pembangunan model kelesuan logam keluli karbon dengan menggunakan pancaran akustik
Authors: Mazian Mohammad (P54548)
Supervisor: Shahrum Abdullah, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Keluli karbon
Hayat lesu
Teknik pancaran akustik
Issue Date: 14-Feb-2020
Description: Kajian ini membentangkan kaedah pembangunan model gabungan hayat lesu bagi keluli karbon menggunakan teknik Pancaran Akustik (PA). Teknik PA telah digunakan secara meluas di dalam ujian tanpa musnah (UTM) dalam memantau dan mengesan kegagalan lesu komponen. Kajian lalu menunjukkan teknik ini telah digunakan dalam pemerhatian kegagalan lesu seperti mengesan dan menentukan lokasi retak lesu serta memantau pertumbuhan retak lesu. Namun begitu, penyelidikan yang melibatkan jangkaan hayat lesu bahan tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada penyelidik-penyelidik sebelum ini. Secara analitikal, model sedia ada menunjukkan jangkaan hayat lesu hanya boleh diperolehi dengan menggunakan nilai terikan yang diperolehi daripada tolok terikan. Namun, penggunaan tolok terikan bukanlah penyelesaian yang baik bagi kerja di lapangan. Ini adalah disebabkan tolok terikan hanya boleh mencerap data secara setempat iaitu di lokasi retak sahaja sedangkan di lapangan, lokasi retak sememangnya tidak diketahui. Justeru, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan satu model yang mampu menjangka hayat lesu terikan bahan dengan menggunakan parameter PA. Pemilihan teknik ini adalah kerana kebolehan penderianya yang boleh mencerap di mana-mana lokasi di atas permukaan komponen tanpa perlu mengetahui lokasi retak. Isyarat terikan dan PA telah direkodkan serentak semasa ujikaji lesu yang dijalankan pada lima nilai bebanan malar di mana nilai bebanan ditentukan terhadap nilai tegasan muktamad iaitu di antara 480 MPa - 680 MPa di mana nilai ini berada pada fasa plastik bahan. Spesimen diperbuat daripada keluli karbon SAE 1045 bagi mewakili kelompok keluli karbon berdasarkan aplikasinya yang meluas dalam pelbagai industri serta mempunyai nilai ekonomi yang baik. Ujian lesu dilakukan menurut kaedah piawaian spesimen ASTM E8 dan ASTM E466. Dengan menggunakan isyarat terikan sebagai input, nilai hayat lesu ditentukan dengan menggunakan pendekatan hayat lesu terikan. Pada masa yang sama, parameter PA seperti bilangan hit, kiraan dan tempoh ditentukan daripada isyarat PA. Hasil kajian menunjukkan parameter terikan dan PA ini berkurangan dengan kenaikan nilai tegasan yang dikenakan semasa ujian lesu. Semua parameter PA kemudiannya dikorelasikan dengan nilai hayat lesu yang telah ditentukan menggunakan model hayat lesu terikan iaitu Coffin-Manson, Morrow dan Smith-Watson Topper (SWT). Keputusan menunjukkan bilangan hit purata menunjukkan pertambahan apabila spesimen menghampiri kegagalan. Bilangan ketumpatan hit kemudiannya dianalisa menggunakan Taburan Weibull dan satu korelasi perkaitan matematik telah dihasilkan bagi mempamerkan hayat nilai lesu dalam istilah ketumpatan hit PA pada bebanan malar. Model gabungan yang diperolehi menunjukkan satu pendekatan UTM yang baru telah diperkenalkan bagi meramal hayat lesu terikan bahan dan ini merupakan sumbangan utama kepada kajian ini. Peratusan perbezaan bagi hayat lesu yang ditentukan daripada model gabungan dan hayat lesu teori berada di dalam julat 15% sehingga 55% bagi semua model teori. Semua hayat lesu model gabungan dan model teori juga berada di dalam julat smepadan 1:2 dan 2:1 yang dibenarkan bagi aplikasi lesu. Ini membuktikan, selain digunakan sebagai kaedah pemantauan kaedah PA juga dapat diaplikasi untuk menghubungkaitkan isyarat lesu seterusnya menghasilkan satu kaedah ramalan hayat lesu terikan PA.,Ph.D.
Pages: 155
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123341+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.81 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.