Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487131
Title: | Analisis kecekapan optimum pencerai optik plastik WDM-POF |
Authors: | Hadi Guna (P60951) |
Supervisor: | Mohd Syuhaimi Ab. Rahman, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Sistem rangkaian Gentian optik plastik |
Issue Date: | 19-Jul-2019 |
Description: | Kajian ini dijalankan untuk membangunkan sistem rangkaian pemultipleksan pembahagi panjang gelombang (Wavelength Division Multiplexing, WDM) berasaskan gentian optik plastik (Polymer Optical Fiber, POF). Peranti pengganding POF 1x3 digunakan sepenuhnya untuk menggandingkan serta menceraikan isyarat optik WDM. Analisis kecekapan optimum pencerai optik plastik serta permodelan matematik perlu dihasilkan untuk menghasilkan peranti yang cekap untuk digunakan dalam sistem WDM-POF. Walaupun dengan kelajuan penghantaran yang sangat tinggi, teknologi gentian optik masih lagi menjadi pilihan yang sangat mahal dalam rangkaian optik. Dengan penghasilan peranti pengganding POF 1x3 yang unggul ini diharapkan kos pemasangan berkaitan dengan gentian di dalam rangkaian penghantaran dapat dikurangkan. Objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti perbezaan faktor yang mempengaruhi kuasa keluaran peranti pengganding POF 1x3, mengenalpasti hubung kait antara setiap Pemboleh ubah bersandar yang mempengaruhi kuasa keluaran peranti dan membangun model yang paling sesuai dalam menganggar nilai kuasa keluaran peranti menggunakan Pemboleh ubah peramal yang telah diperolehi. Seterusnya mampu membangunkan sistem rangkaian WDM-POF yang cekap dengan kuasa keluaran yang tinggi pada kos yang minima. Lapan faktor telah dipertimbangkan untuk dikaji dalam kajian ini iaitu diameter tirus, diameter luaran, sudut tirus, panjang pintalan, bilangan pintalan, nisbah pintalan, luas kawasan aktif dan kekasaran permukaan. Kajian ini dilaksanakan dengan mengumpul maklumat melalui nilai cerapan eksperimen yang dijalankan di dalam makmal. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan teknik statistik peralihan iaitu frekuensi, peratus dan perbandingan min. Analisis ujian-t sampel bebas dan analisis varians (ANOVA) satu hala digunakan untuk mengetahui perbezaan min Pemboleh ubah bebas sama ada mempunyai perbezaan yang signifikan secara statistik atau tidak. Analisis korelasi dan juga regresi turut digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan serta pengaruh antara faktor nilai kuasa keluaran peranti. Manakala analisis regresi linear berganda digunakan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kuasa keluaran pengganding POF 1x3. Rumusan daripada hasil kajian mendapati wujud pertalian yang signifikan antara beberapa Pemboleh ubah peramal dengan Pemboleh ubah bersandar iaitu kuasa keluaran peranti. Faktor-faktor luaran seperti 𝑑𝑡 dan 𝑙𝑘𝑎 menunjukkan korelasi positif yang kuat terhadap 𝑃, manakala faktor 𝑛𝑝 dan 𝑗𝑝 menunjukkan korelasi negatif yang kuat terhadap 𝑃. Regresi linear bagi setiap faktor berkorelasi kuat sama ada positif mahupun negatif terhadap kuasa keluaran turut dijalankan. Hasil keputusan menunjukkan nilai kuasa keluaran, 𝑃 sebanyak 32% boleh diramal oleh 𝑛𝑝, 29% boleh diramal oleh 𝑑𝑡, 29% boleh diramal oleh 𝑗𝑝 dan 21% boleh diramal oleh 𝑙𝑘𝑎. Daripada analisis yang telah dibuat, terdapat bukti statistik yang menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara dua Pemboleh ubah bersandar 𝑗𝑝 dan 𝑛𝑝, 𝑛𝑝 dan 𝑘𝑝, 𝑑𝑡 dan 𝑙𝑘𝑎, 𝑝𝑝 dan 𝑠𝑡 serta 𝑑𝑙 dan 𝑠𝑡. Sebahagian model regresi juga disesuaikan bagi mendapatkan faktor-faktor yang signifikan yang dapat memberikan kesan terhadap nilai 𝑃. Keputusan menunjukkan dengan mengambilkira kesemua faktor Pemboleh ubah peramal dapat membangunkan satu model yang lebih baik dalam menganggarkan nilai 𝑃.,Ph.D. |
Pages: | 258 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123339+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 23.34 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.