Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487130
Title: | Pengacuan suntikan seramik hidroksiapatit menggunakan pengikat polietilena dan stearin sawit |
Authors: | Farrahshaida Mohd Salleh (P78336) |
Supervisor: | Abu Bakar Sulong, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Pengacuan suntikan seramik Bioseramik |
Issue Date: | 29-Jul-2020 |
Description: | Proses pengacuan suntikan seramik (CIM) boleh menghasilkan komponen seramik yang mempunyai kejituan tinggi dan bergeometri kompleks. Namun begitu, kajian kepustakaan melaporkan proses ini seringkali gagal menghasilkan komponen seramik yang mempunyai sifat fizikal dan mekanik berkualiti. Antara punca kegagalan berkenaan adalah menentukan kebolehaliran bahan suapan yang baik, mendapatkan parameter optimum semasa proses penyuntikan, kesukaran membuang bahan pengikat semasa proses penyahikatan dan pemilihan suhu persinteran yang memberi kesan kepada sifat mekanik jasad sinter. Oleh itu, fokus kajian ini ialah menentukan kesan komposisi bahan pengikat terhadap kebolehaliran bahan suapan, pengoptimuman parameter pengacuan suntikan ke atas sifat fizikal dan mekanik jasad hijau, penentuan kesan suhu penyahikatan terhadap sifat fizikal jasad perang dan pengoptimuman parameter pensinteran ke atas sifat fizikal dan mekanik jasad sinter. Proses penghasilan komponen seramik Hidroksiapatit (HA) dikaji untuk mencari faktorfaktor penentu yang boleh menambahbaik proses CIM. Peringkat pertama, pencirian sifat reologi bahan suapan menunjukkan ia boleh disuntik pada julat suhu 150 oC hingga 180 oC dengan aliran pseudoplastik. Bahan suapan yang dikaji mempunyai tiga komposisi HA dan pengikat yang berbeza iaitu 54 vol. %, 55 vol. %, 56 vol. % HA dengan kandungan 60 wt. % polietilena (PE) dan 40 wt. % stearin sawit (SS). Peringkat kedua melibatkan proses pengoptimuman pengacuan suntikan dengan menggunakan teknik Rekabentuk Komposit Pusat (CCD) di dalam Metodologi Permukaan Sambutan (RSM). Tiga faktor utama, iaitu pembebanan serbuk, suhu penyuntikan, dan tekanan suntikan telah dikaji bagi mengenalpasti kekuatan lenturan dan ketumpatan jasad hijau. Kajian mendapati pembebanan serbuk menunjukkan faktor yang paling signifikan kepada kekuatan lenturan dan ketumpatan jasad hijau. Jasad hijau yang optimum mempunyai kekuatan lenturan 11.89 ±0.77 MPa dan ketumpatan 2.13 ±0.01 g/cm3. Peringkat ketiga pula, sistem bahan pengikat dalam jasad hijau berjaya dikeluarkan tanpa berlaku sebarang kecacatan pada jasad perang melalui proses penyahikatan terma dua peringkat. Kajian yang terakhir melibatkan pengoptimuman proses pensinteran dengan mengkaji dua faktor utama, iaitu suhu dan masa pensinteran. Dapatan kajian, suhu pensinteran merupakan penyumbang terbesar bagi mendapatkan ciri kekuatan lenturan, keanjalan dan kekerasan jasad sinter yang paling optimum. Suhu dan masa pensinteran pula faktor yang memberikan kesan besar ke atas keanjalan jasad sinter. Ujian pengesahan mendapati kombinasi parameter paling optimum untuk proses pensinteran ialah suhu 1300 °C dalam masa 4 jam dengan kadar pemanasan 1 oC/min dan kadar penyejukan 3 oC/min. Nilai optimum yang telah dicapai ialah 20.13 ±2.22 MPa kekuatan lenturan, 4.74 ±1.40 GPa keanjalan dan 7.09 ±0.51 GPa kekerasan jasad sinter. Pensinteran di dalam persekitaran argon membantu mengurangkan perubahan fasa bagi jasad sinter HA. Hasil keputusan ujian kebioaktifan telah mendapati bahawa jasad sinter adalah bahan bioaktif, tidak toksik dan tiada unsur logam berat ditemui pada bahan seramik HA ini. Penemuan ini menunjukkan komponen HA dari bahan komersial telah berjaya dihasilkan melalui proses CIM dengan menggunakan PE dan SS sebagai sistem pengikat. Kajian pengoptimuman juga membantu mengurangkan kos dan masa di mana mempercepatkan proses membuat keputusan yang tepat. Ini merupakan aspek yang amat diperlukan oleh industri pembuatan bioseramik dengan menggunakan proses CIM.,Ph.D. |
Pages: | 211 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123338+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.16 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.