Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487122
Title: | Sifat-sifat mekanikal dan pengacuan suntikan komposit hibrid karbon nanotiub/kenaf/polipropilena bagi aplikasi automotif |
Authors: | Zakaria Razak (P80515) |
Supervisor: | Abu Bakar Sulong, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Komposit Automotif |
Issue Date: | 8-Jul-2020 |
Description: | Penggunaan bahan komposit untuk proses pembuatan komponen automotif telah menjadi faktor penting bagi menggunakan komposit berasaskan gentian kaca sintetik dan bahan tradisional seperti keluli. Pembuatan komposit sekarang ini mengadaptasikan gentian semula jadi sebagai bahan tambah dan polimer sebagai matrik bagi proses pengacuanan mampatan. Namun, proses pengacuan suntikan telah menjadi popular bagi pengeluaran secara besar-besaran untuk bahan komposit. Bagi mengurangkan kos pengeluaran dan berat sesuatu kenderaan serta meningkatkan keselamatan, bahan komposit hibrid dibangunkan untuk pengeluaran tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehacuan komposit hibrid dengan penambahan Karbon Nanotiub (KNT) menggunakan proses pengacuan suntikan. Sifat aliran bagi komposit hibrid KNT/Kenaf/PP didapati beraliran pseudoplastik berdasarkan keputusan ujikaji reologi pada suhu 180 oC, 190 oC dan 200 oC menggunakan mesin reologi dengan 1 mm diameter kapilari dan beban antara 20 N hingga 50 N. Bahan suapan komposit hibrid kemudiannya disuntik pada suhu suntikan 190 oC, kadar suntikan pada 18 cm3/s, tekanan suntikan 750 bar dan tekanan pegangan 800 bar menggunakan mesin pengacuan suntikan. Komposit hibrid KNT/Kenaf/PP telah memberikan kekuatan optima iaitu 23.45 MPa (ujian tegangan) dengan peningkatan masing-masing sebanyak 26% dan 47% berbanding dengan PP tulen dan Kenaf/PP. Kekuatan hentaman bagi komposit hibrid KNT/Kenaf/PP adalah 8.5 kJ/m2 dan pemanjangan pada takat putus pula adalah 2.72%. Kekuatan hentaman bagi komposit hibrid KNT/Kenaf/PP meningkat masing-masing sebanyak 82% dan 10.5% berbanding dengan komposit Kenaf/PP dan PP tulen. Manakala pemanjangan pada takat putus pula masing-masing menurun sebanyak 57% dan 91.7% berbanding dengan komposit Kenaf/PP dan PP tulen. Kebolehacuan bagi sampel prototaip iaitu dalam bentuk dulang bateri kereta telah diuji menerusi analisa simulasi berangka. Simulasi tersebut dioptimumkan oleh metodologi permukaan tindakbalas dan didapati nilai optimum bagi tekanan suntikan dan daya pengapitan, masing-masing sebanyak 83.5 MPa dan 90.5 tan. Pengoptimuman pengacuan menerusi simulasi menggunakan RSM telah dilakukan. Analisis rekabentuk Box-Behnken menunjukkan suhu acuan, suhu lebur, tekanan padatan, masa padatan dan masa pendinginan merupakan faktor utama yang memberikan kesan signifikan kepada tanda tenggelam dan lendingan. Nilai optimum bagi parameter-parameter pemprosesan seperti suhu acuan, suhu lebur, tekanan padatan, masa padatan dan masa pendinginan masing-masing adalah 30 oC, 190 oC, 84 MPa, 13 s, 20 s. Dulang bateri kereta yang disuntik telah menjalani ujian kitaran terma sebanyak 4 kitaran dan menyamai selama 208 jam pada suhu serendah -30 oC dan setinggi 80 oC. Pemerhatian ujian mendapati tiada perubahan fizikal dari segi perubahan warna atau keretakan namun terdapat perubahan pengecutan dan pelendingan terhadap sampel-sampel tersebut. Peratusan pengecutan meningkat sebanyak 20% bagi sampel yang mengandungi KNT manakala peratusan pengecutan bagi sampel PP tulen dan Kenaf/PP menurun sebanyak 3.5% dan 87%. Penambahan KNT ke dalam komposit Kenaf/PP telah terbukti untuk meningkatkan sifat mekanikal dan fizikal serta boleh digunakan untuk pengeluaran bahan komposit hibrid bagi pembangunan produk dan prototaip baharu.,Ph.D. |
Pages: | 240 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123316+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 820.38 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.