Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487119
Title: Model tuntutan kerja-sumber daya dan pengaruhnya terhadap komitmen profesional jurutera di Malaysia
Authors: Mohd Farhan Mat Rosdi (P82490)
Supervisor: Muhamad Azry Khoiry, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 4-Feb-2021
Description: Profesion sebagai jurutera penting untuk pembangunan masyarakat kontemporari. Selaras dengan keperluan pembangunan negara, jurutera terpaksa menghadapi tuntutan kerja yang tinggi, menyelesaikan projek kejuruteraan dalam kekangan masa serta kos dan syarikat terpaksa beroperasi di pasaran yang kompetitif. Hal ini menyebabkan ketegangan kerja dalam kalangan jurutera. Pengurusan tekanan kerja penting kerana ia mempengaruhi tahap kesejahteraan psikologi yang memerlukan instrumen pengukuran psikologi yang tepat. Namun, masih belum ada instrumen pengukuran tuntutan kerja yang spesifik dalam konteks pekerjaan jurutera dibina bertujuan untuk menilai tuntutan kerja yang khusus bagi jurutera. Justeru, penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti aspek tuntutan kerja jurutera, membangunkan instrumen pengukuran tuntutan kerja jurutera, membangunkan model reka bentuk kerja jurutera, menganalisis pengaruh model terhadap komitmen profesional jurutera, dan mencadangkan reka bentuk kerja jurutera yang dijangka dapat memberi impak positif terhadap kesejahteraan psikologi dan komitmen profesional jurutera. Untuk mencapai objektif kajian, instrumen pengukuran baru dibangunkan, iaitu Tuntutan Kerja Jurutera (TKJ) yang disahkan melalui penilaian 30 orang pakar menggunakan kaedah Delphi. Sampel n = 150 orang jurutera berdaftar di Malaysia dianalisis menggunakan statistik deskriptif, analisis faktor, korelasi, regresi linear, ujian analisis varian multivariat dan pemodelan persamaan struktur. Keputusan pengujian instrumen TKJ menunjukkan sebuah struktur komponen yang sah diperoleh melalui dua konstruk utama, iaitu tuntutan spesifik kerja 'penghalang' dan 'mencabar'. Instrumen TKJ digabungjalinkan ke dalam Model Tuntutan Kerja-Sumber Daya (JDR), membentuk model spesifik tuntutan kerja jurutera yang digunakan dalam menganalisis kesejahteraan psikologi dan komitmen profesional jurutera. Hasil analisis pemodelan persamaan struktur menunjukkan kesemua model pengukuran dalam model boleh dipercayai, mempunyai ketekalan yang tinggi dan tidak bias kepada perbezaan kumpulan (jenis industri, tahun perkhidmatan, jantina dan disiplin kejuruteraan) dengan nilai p > 0.05 bagi ujian analisis varian multivariat, manakala analisis Structural Equation Modelling (SEM) menunjukkan model kajian adalah sepadan dengan data kajian serta tidak mengukur konsep yang sama dengan nilai korelasi antara item (r < 0.85). Keputusan juga menunjukkan regresi piawai (β) yang signifikan antara model terhadap kesejahteraan psikologi jurutera dan komitmen profesional dengan nilai nisbah genting antara semua pemboleh ubah pendam di luar lingkungan ±1.96 (p < 0.05). Dapatan juga menunjukkan bahawa menangani pemboleh ubah peramal kesejahteraan psikologi terutamanya "tuntutan menguasai pengetahuan teknikal" dan "sumber daya kewangan", lebih penting untuk meningkatkan daya komitmen profesional sebagai jurutera berbanding ketegangan berkaitan kerja. Hal ini, berdasarkan dapatan akhir persamaan struktur model dengan nilai (β = 0.463) bagi pemboleh ubah peramal kesejahteraan psikologi dan (β = - 0.435) bagi pemboleh ubah peramal ketegangan kerja. Hasil kajian ini bermanfaat kepada jurutera dan pihak pengurusan organisasi dalam menguruskan risiko yang mempengaruhi tahap ketegangan, kesejahteraan psikologi dan komitmen profesional jurutera.,Ph.D.
Pages: 345
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123145+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
636.24 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.