Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487117
Title: Sifat kebolehbasahan dan antibakteria salutan seramik TiO2/ZnO tertekstur laser
Authors: Yusliza Yusuf (P90603)
Supervisor: Mariyam Jameelah Ghazali, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Seramik
Antibakteria
Issue Date: 18-Jan-2021
Description: Kotoran pada permukaan yang disebabkan oleh pengumpulan dan pemendakan bahan tidak diingini boleh menjejaskan fungsinya. Lekatan bakteria pada permukaan merupakan prasyarat kepada permulaan berlakunya kotoran pada permukaan. Pencegahan lekatan bakteria pada permukaan melalui kaedah ubahsuai permukaan merupakan satu kaedah penyelesaian yang berpotensi dan menjadi bidang kajian yang penting. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan tekstur permukaan (cawak) ke atas kelakuan sifat kebolehbasahan dan antibakteria permukaan. Dalam kajian ini, salutan seramik titania/ zink oksida (TiO2/ZnO) diendapkan secara semburan plasma di atas substrat keluli karbon API gred B dan dilaser tekstur untuk menghasilkan tekstur cawak. Salutan TiO2/ZnO dengan kandungan peratus berat (bt %) ZnO, 0 bt %, 10 bt % dan 30 bt % disediakan, dan kesan proses penteksturan laser permukaan keatas sifat kebolehbasahan dan antibakteria permukaan dikaji. Kajian mikrostruktur permukaan salutan dilakukan menggunakan mikroskop elektron imbasan dan analisis komposisi fasa dilakukan menggunakan kaedah belauan sinar-X. Keupayaan sifat antibakteria bagi salutan telah diuji dengan pelekatan dan kebolehhidupan bakteria Escherichia coli (E.coli) pada permukaan salutan tertekstur dan tidak tertekstur. Analisis kepadatan optik (optical density, OD), pengiraan unit koloni bakteria (colony-forming unit, CFU) dan pewarnaan bakteria menggunakan pigmen Syto-9 digunakan untuk menganalisis sifat antibakteria pada permukaan salutan. Keputusan menunjukkan permukaan keluli karbon API gred B yang bersalut TiO2/ZnO mempamerkan peningkatan kekasaran permukaan dengan peningkatan kandungan (bt %) ZnO. Kajian mikrostruktur menunjukkan dengan peningkatan kandungan (bt %) ZnO, keliangan dan retak mikro yang lebih jelas terhasil pada permukaan salutan, hasilnya menurunkan kekerasan permukaan salutan. Diperhatikan bahawa tekstur cawak telah meningkatkan luas permukaan salutan yang terdedah sebanyak 5 % berbanding permukaan tidak tertekstur dengan jumlah kepadatannya sebanyak 3.5 %. Analisis belauan sinar-X walau bagaimanapun menunjukkan tiada perubahan komposisi fasa yang berlaku bagi salutan tertekstur dan tidak tertekstur. Salutan tertekstur TiO2/ZnO juga telah mengubah sifat kebolehbasahan permukaan daripada hidrofobik kepada hidrofilik, menggalakkan satu kaedah yang mudah dalam pembangunan permukaan yang bersih kendiri. Nilai OD salutan tertekstur diperhatikan menurun untuk setiap titik masa pengkulturan dengan peningkatan kandungan (bt %) ZnO, manakala tiada perubahan yang jelas pada nilai OD bagi salutan tidak tertekstur tanpa mengira kandungan (bt %) ZnO yang digunakan. Bagi analisis CFU, salutan tertekstur menunjukkan pengurangan CFU bakteria berbanding permukaan salutan tidak tertekstur. Berdasarkan analisis imej pendarfluor, pewarnaan bakteria menunjukkan salutan tertekstur dengan kandungan 30 bt % ZnO mengandungi bilangan bakteria E.coli yang sedikit berbanding salutan yang lain. Peningkatan luas permukaan salutan yang terdedah oleh proses penteksturan laser telah menjadikan TiO2 dan ZnO yang bersifat bersih kendiri dan antibakteria lebih berkesan berbanding dengan salutan yang tidak tertekstur. Sifat kebolehbasahan yang tinggi juga telah menggalakkan pelekatan bakteria, seterusnya melemahkan bakteria yang bersentuhan dengan permukaan salutan. Kesimpulannya, tekstur cawak telah meningkatkan prestasi sifat antibakteria bagi salutan TiO2/ZnO sebanyak 34.3 % berbanding salutan yang tidak tertekstur.,Ph.D.
Pages: 187
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123143+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.