Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487105
Title: | Analisis cadangan laluan basikal menggunakan GIS dan AHP : kajian kes Ipoh, Perak |
Authors: | Sharinatol Akmanida Jamaludin (P81103) |
Supervisor: | Muhamad Nazri Borhan, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 2-Aug-2021 |
Description: | Penggunaan basikal sebagai pengangkutan lestari telah mendapat perhatian kerajaan dalam usaha mengurangkan kesan alam sekitar, sosial dan ekonomi di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, peningkatan pencemaran udara, tahap penggunaan sumber semula jadi yang tinggi, pengasingan ruang bandar yang tidak lestari dan peningkatan jumlah kenderaan bermotor merupakan sebab masyarakat kurang berminat terhadap basikal. Memandangkan matlamat pembangunan lestari (SDG) diperkenalkan dalam sistem pengangkutan Malaysia, terdapat keperluan perancangan laluan basikal dalam kawasan bandar untuk membantu kejayaan aspirasi pengangkutan negara, khususnya dalam pengangkutan aktif. Oleh itu, cadangan laluan basikal di kawasan pusat bandar raya Ipoh dikemukakan sebagai implementasi pengangkutan lestari. Kajian ini mengenal pasti kriteria terpenting cadangan laluan basikal kawasan bandar berdasarkan garis panduan sedia ada di Malaysia dan Model Pilihan Laluan Basikal (BRC). Seterusnya pemetaan jalan di bandar raya Ipoh dihasilkan menggunakan Sistem Maklumat Geografi Kuantum (QGIS) kawasan zon kawalan khas dalam Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pekan Ipoh dengan data kajian lapangan dan sumber sekunder. Melalui perbincangan kumpulan berfokus yang melibatkan pihak Majlis Bandar raya Ipoh (MBI), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Perak serta maklumat daripada kajian kepustakaan, sebanyak 28 kriteria laluan basikal telah dikenal pasti. Kriteria-kriteria tersebut kemudiannya telah diuji melalui kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan kriteria. Kesahan kandungan berkaitan dengan penggunaan bahasa dan kejelasan item dibuat oleh dua orang pakar. Melalui ujian kesahan kandungan menggunakan Model Pilihan Laluan Basikal (BRC), empat kriteria utama dan 13 kriteria kecil telah mendapat persetujuan bersama pakar dengan sedikit pemurnian. Analisis cadangan laluan basikal disahkan oleh 12 orang pakar bidang pengangkutan dalam kalangan jurutera, perancang bandar, pensyarah pakar dan pihak berkuasa tempatan melalui pengesahan pemberat kriteria utama iaitu ciri-ciri jalan raya, ciri-ciri lalu lintas, kemudahan dan ciri-ciri guna tanah serta sub kriteria yang dipertimbangkan menggunakan perisian Microsoft Excel berdasarkan Model Proses Analitikal Hierarki (AHP). Analisis vektor dan raster melalui QGIS telah menunjukkan empat rangkaian jalan raya yang boleh dicadangkan sebagai laluan basikal. Keputusan pemberatan kriteria AHP oleh pakar menunjukkan kriteria ciri-ciri jalan raya (w = 0.588) sebagai keutamaan berbanding ciri-ciri lalu lintas (w = 0.281), kemudahan (w = 0.079) dan ciri penggunaan tanah (w = 0.052) bagi cadangan laluan basikal di Ipoh. Dapatan kajian ini boleh menjadi faktor petunjuk untuk mencadangkan laluan basikal dalam kawasan bandar kepada kawasan majlis perbandaran yang sesuai sebagai sebahagian daripada perancangan pengangkutan lestari kerana boleh mengurangkan kadar karbon, mewujudkan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal dan dapat memajukan ekonomi sesebuah bandar.,Ph.D. |
Pages: | 108 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123020+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.93 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.