Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487093
Title: Model hubungan kompetensi dan prestasi kerja pengajar TVET di Malaysia
Authors: Khuzainey Ismail (P82491)
Supervisor: Zulkifli Mohd Nopiah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Vocational teachers -- Malaysia
Technical education teachers -- Malaysia
Performance
Success
Issue Date: 6-Apr-2020
Description: Kompetensi mempunyai hubung kait dengan prestasi kerja. Pengajar yang kompeten mempunyai tiga elemen penting iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Dalam konteks tempatan, pelbagai kajian terhadap kompetensi pengajar dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah dibangunkan. Namun, belum ada kajian dilakukan untuk mengkaji kompetensi pengajar TVET bagi program kemahiran berasaskan modul Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) di pusat bertauliah awam di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan prestasi kerja. Secara spesifiknya belum ada garis panduan kompetensi dan hubungannya dengan prestasi kerja di kalangan pengajar TVET dalam skim Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Tiga objektif dalam kajian adalah mengenal pasti isu kompetensi dan indikator utama kompetensi, membangunkan model kompetensi dan penilaian terhadap model. Metodologi kajian adalah berdasarkan kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) yang melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan juga fasa penilaian. Fasa pertama melibatkan temu bual bersama 15 orang personel dalam program kemahiran; fasa kedua dan fasa ketiga melibatkan 18 orang pakar Delphi dan 1,186 orang responden dalam program kemahiran untuk kesahan dan kebolehpercayaan item kajian; dan fasa ketiga bagi penilaian model yang melibatkan seramai 1,186 orang responden dalam fasa kedua dalam kajian tinjauan sebenar. Hasil dapatan fasa pertama menunjukkan terdapat lima isu berkaitan kompetensi dan sembilan indikator utama kompetensi bagi pengajar kemahiran. Analisis fasa kedua menunjukkan kesahan kandungan bagi 212 item yang dianalisis melalui Item - Content Validity Indexed (I-CVI) dan hanya 189 item diterima. Seterusnya, kesepakatan yang tinggi oleh pakar Delphi bagi 193 item yang dianalisis melalui Julat Antara Kuartil. Fasa ketiga melibatkan kajian tinjauan dengan sampel kajian rawak mudah di kalangan pengajar dan pihak pengurusan dalam skim PLV. Data telah dianalisis menggunakan teknik Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor kompetensi teknikal, kreatif mengajar, komunikasi lisan, etika kerja, motivasi dalaman dan kecerdasan emosi dengan prestasi kerja. Dua faktor tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja iaitu kompetensi pedagogi (pengetahuan kandungan pedagogi) dan efikasi pengajaran. Faktor motivasi dalaman memberi sumbangan paling penting kepada prestasi kerja berbanding lain-lain faktor. Dapatan fasa kajian juga menunjukkan pembentukan permodelan persamaan struktural kompetensi terhadap prestasi kerja yang mempunyai ketepatan ramalan relevan peringkat sederhana iaitu R² adalah 0.696. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa model kompetensi berupaya menggambarkan prestasi kerja di kalangan PLV dalam program TVET berasaskan bidang kemahiran di Malaysia. Impak kajian adalah memberi maklumat kepada pihak berkepentingan dalam program TVET mengenai kompetensi dan prestasi kerja di kalangan pengajar TVET khususnya dalam skim PLV di KSM dan KBS. Untuk kajian akan datang, pengkaji mencadangkan agar menambah faktor-faktor kompetensi dan prestasi kerja.,Ph.D.
Pages: 514
Call Number: LC1047.85.K488 2020 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122955+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.