Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487078
Title: Pembangunan perkakasan terbantu dinamik untuk fabrikasi struktur dimple menggunakan proses larik bagi bahan Al-Si A390
Authors: Mohd Nor Azam Mohd Dali (P73196)
Supervisor: Jaharah A. Ghani, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Machining
Dimple structure
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-May-2017
Description: Struktur dimple merupakan salah satu bentuk bagi kategori penteksturan permukaan yang berpotensi kerana peranannya untuk meminimakan haus dan geseran pada permukaan komponen mekanikal yang bergerak secara gelangsar. Kaedah fabrikasi struktur dimple yang terdiri daripada pelbagai jenis kaedah merupakan salah satu isu besar dalam dunia penyelidikan bagi menentukan ketepatan struktur dimple yang dihasilkan. Begitu juga dengan keupayaan pemilihan kaedah fabrikasi struktur dimple tersebut. Fokus kajian ini ialah untuk membangunkan perkakasan terbantu dinamik supaya struktur dimple ke atas permukaan komponen yang berbentuk silinder menggunakan mesin larik boleh difabrikasi. Pemilihan kaedah pemesinan larik untuk memfabrikasi struktur dimple adalah berdasarkan kepada kos yang rendah, persekitaran yang mesra alam dan pemesinan larik yang berpotensi untuk menghasilkan struktur dimple. Perkakasan terbantu dinamik dibangunkan dengan menggunakan pendekatan TRIZ bagi memilih konsep mekanisme penggerak pada perkakasan terbantu dinamik tersebut. Perkakasan yang dibangunkan telah berupaya untuk menghasilkan frekuensi getaran dengan kebolehulangan dan amplitud anjakan yang stabil serta konsisten menggunakan konsep ringkas engkol dan struktur yang boleh dipasang pada semua jenis mesin larik samada konvensional mahupun kawalan komputer berangka. Simulasi kaedah unsur terhingga dilakukan untuk menentukan julat parameter pemesinan (pemotongan, getaran dan geometri mata alat) sebelum pemesinan sebenar dijalankan. Eksperimen telah dijalankan ke atas bahan kerja hiper eutetik Al-Si A390 yang berpotensi tinggi untuk aplikasi omboh automotif di masa hadapan. Rekabentuk eksperimen tatasusunan ortogon L8 berasaskan kaedah Taguchi telah digunakan untuk menjalankan eksperimen bagi 8 faktor pada 2 aras dengan laju pemotongan, Vc (7 dan 9 m/min), kadar suapan, f (0.4 dan 0.6 mm/pus), kedalaman pemotongan, ap (0.01 dan 0.05 mm), frekuensi, fq (15 dan 25 Hertz), anjakan amplitud, amp (1 dan 3 mm), sudut sadak, (-8.5o dan +4o), sudut kelegaan, (7o dan 4o) dan hujung muncung (0.4 dan 0.8 mm) untuk mengkaji kesan parameter- parameter tersebut terhadap dimple yang dihasilkan. Parameter optimum yang diperolehi berdasarkan analisis nisbah isyarat hingar (S/N) ialah Vc 9 m/min, ap 0.01 mm, amp 1 mm, 0.4 mm dan fq (25 Hertz). Manakala faktor kadar suapan, sudut sadak dan sudut kelegaan yang lain adalah tidak signifikan ke atas saiz, bentuk dan tatasusunan dimple, oleh itu pemilihan nilainya bergantung kepada keperluan aplikasi. Berdasarkan analisis nisbah isyarat hingar (S/N) dan bentuk tatasusunan struktur dimple yang seragam keadaan pemotongan pada Vc = 9 m/min, f = 0.4 mm/pus dan 0.6 mm/pus, ap = 0.05 mm dan 0.01 mm, fq = 25 Hertz, amp = 1 mm, = +4o dan - 8.5o, = 4o dan 7o, = 0.4 dan 0.8 mm telah berjaya menghasilkan dimple dengan lebar dimple 396.82 dan 560.43, panjang dimple 3261.6 dan 2422.7, kedalaman dimple 63.43 dan 65.97, nisbah luas 10 dan 10.39% dan kekasaran permukaan 3.0023 dan 3.0054. Data-data tersebut merupakan keputusan yang berada di dalam lingkungan julat-julat yang diperolehi oleh penyelidik terdahulu untuk aplikasi struktur dimple pada komponen-komponen mekanikal yang bergelangsar, keputusan tersebut juga menunjukkan keseragaman dari segi bentuk, saiz, tatasusunan dan nisbah luas. Dapatan kajian ini menunjukkan proses larik berupaya untuk memfabrikasi struktur dimple dengan bantuan pembangunan perkakasan terbantu yang inovatif yang berkos rendah.,Ph.D.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 172
Call Number: TJ1185.M836 2017 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122277+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
22.16 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.