Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487068
Title: | Litar gelombang cahaya satah (PLC) pengetip optik bersepadu untuk rangkaian capaian optik gentian-ke-rumah (FTTH) |
Authors: | Nurdiani Zamhari (P62732) |
Supervisor: | Abang Annuar Ehsan, Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Gelombang cahaya satah Rangkaian capaian optik |
Issue Date: | 12-Oct-2018 |
Description: | Ph.D.,Perkembangan rangkaian pasif gentian-ke-rumah (FTTH PON) menyebabkan keperluan peranti dan sistem pemantauan semakin meningkat bagi memastikan kebolehharapan terhadap rangkaian. Sistem pemantauan yang beroperasi dengan mudah, melibatkan kos yang rendah serta tahan lebih lama selalunya menjadi pilihan pengguna. Sistem pemantauan biasa yang sedia ada sering mengganggu talian yang tidak bermasaalah sekiranya kerosakan berlaku pada talian yang patah kerana kesemua talian diuji serentak untuk mencari talian punca. Oleh itu, sistem pemantauan dalam talian yang disertakan peranti pengetip bersepadu yang dapat mengesan punca kerosakan tanpa mengganggu talian lain dibangunkan. Dalam kajian ini, peranti pengetip litar gelombang cahaya satah (PLC) bersepadu yang berasaskan pandu gelombang rusuk berdimensi besar (LCRW) silikon-di-atas-penebat (SOI) digunakan sebagai peranti pemantau rangkaian FTTH PON. LCRW dipilih kerana dimensi ini boleh disepadukan terus dengan gentian optik tanpa memerlukan penirus dengan kehilangan yang minima. Isyarat yang digunakan dan diketip keluar adalah isyarat hiliran CATV 1550 nm dan data 1480 nm. Rekabentuk peranti dibina menggunakan rekabentuk komponen pandu gelombang lurus, pandu gelombang selari dan pandu gelombang lengkungan-S. Peranti ini telah dibangunkan menggunakan perisian OptiBPM 10 di mana pandu gelombang disimulasikan langkah demi langkah bermula dari simulasi mengesan perambatan mod tunggal dengan dimensi yang dipilih sehingga simulasi komponen-komponen pengetip seperti pandu gelombang lurus, selari dan lengkungan-S. Simulasi seterusnya dijalankan terhadap rekabentuk peranti pengetip 1480 nm, 1550 nm dan peranti pengetip bersepadu PLC. Kelebihan rekabentuk ini adalah kedua-dua isyarat dapat diketip serentak di mana kedua-dua peranti pengetip disepadukan menjadi satu peranti. Peranti pengetip PLC yang direka dipasang dalam sistem FTTH PON yang sebenar bagi mengukur prestasinya dengan menggunakan perisian OptiSystem 7. Eksperimen dijalankan terhadap rangkaian yang menggunakan pengetip gentian optik sebagai peranti pemantauan bagi menentukan kebolehlaksanaan konsep mengetip sedikit isyarat pemantau dan melihat perbandingan di antara peranti pengetip bersepadu PLC yang dibangunkan dengan peranti pengetip optik yang sedia ada. Terdapat tiga pengetip gentian optik yang dikaji secara berasingan iaitu pengetip gentian optik 1550 nm, 1490 nm dan gabungan kedua-duanya. Peranti pemantauan pengetip bersepadu PLC berjaya direka bentuk dengan kehilangan kuasa kurang daripada 17% dan mengekalkan isyarat utama 77%. Isyarat pemantauan adalah sekitar 5% manakala isyarat yang tidak dikehendaki adalah kurang daripada 1% dengan panjang keseluruhan peranti adalah 20293 µm. Pengetip bersepadu PLC yang disimulasi dalam sistem FTTH EPON 32 pengguna menunjukkan isyarat utama diterima dengan baik dengan kadar kesalahan bit maksimum 6.83 × 10-37 dan nilai minimum factor-Q ialah 13.1 di mana pemantauan berjaya dilakukan. Kuasa keluaran isyarat utama bagi rangkaian yang menggunakan pengetip bersepadu PLC lebih besar bagi isyarat video berbanding rangkaian yang menggunakan pengetip gentian optik sedia ada manakala sebaliknya berlaku bagi isyarat data. Selain itu, isyarat hingar maksimum yang dapat diterima dalam rangkaian adalah kurang dari 30 dBm. eeksperimen terhadap pengetip gentian optik juga menunjukkan isyarat utama yang dihantar diterima dengan baik pada ONU dengan kuasa keluaran optik masing-masing -4.95 dBm dan -12.68 dBm bagi isyarat 1550 nm dan 1490 nm. |
Pages: | 193 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121940+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.