Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487035
Title: Impak kenaikan aras laut terhadap kerentanan pesisir pantai Cherating-Pekan
Authors: Fazly Amri Mohd (P86115)
Supervisor: Khairul Nizam Abdul Maulud, Prof. Madya Sr. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Sea level -- Pahang
Shorelines -- Pahang
Water levels -- Pahang
Issue Date: 22-Apr-2019
Description: Pesisiran pantai merupakan salah satu komponen yang penting bagi kelestarian global. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian fungsi termasuklah produktiviti ekosistem yang tinggi, tumpuan penduduk, dilengkapi infrastruktur pengangkutan yang baik, kawasan perindustrian dan pusat pelancongan. Kesemua fungsi ini telah menjadikan pesisiran pantai sebagai kawasan sumber pendapatan. Pemanasan global yang semakin meningkat telah memberikan kesan kepada kenaikan aras laut di kawasan pesisir pantai yang mengakibatkan masalah limpahan air di kawasan pantai, hakisan pantai dan kemusnahan ekosistem. Kenaikan aras laut akibat perubahan iklim mempengaruhi interaksi parameter fizikal di kawasan pantai. Indeks Kerentanan Pantai (CVI) adalah indeks yang digunakan untuk menentukan risiko yang berkaitan dengan perubahan pantai. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji impak kenaikan aras laut terhadap kerentanan pantai yang merangkumi pesisiran Pantai Cherating - Pekan dari segi aspek fizikal. Objektif khusus kajian ini pula adalah mengenal pasti keberkesanan dan penambahbaikan penilaian CVI berdasarkan faktor guna tanah dan menentukan impak kemaraan air laut kepada kerentanan kawasan pantai melalui pendekatan hidrodinamik. Pembolehubah hidrodinamik di kawasan pantai Cherating - Pekan disimulasikan menggunakan perisian MIKE21 FM. Kaedah Brier Skill Score digunakan di dalam model berangka untuk mengesahkan ketepatan data parameter yang digunakan. Analisis CVI dikira dengan menggunakan empat parameter geologi, tiga parameter fizikal dan satu parameter guna tanah yang mencirikan kerentanan kajian pantai, yang terdiri daripada geomorfologi, Purata julat pasang surut, Purata ketinggian ombak, kecerunan pantai, kadar kenaikan aras laut dan kadar hakisan persisiran pantai yang mana garis pesisir diperincikan kepada 5 tahap kerentanan. Hasil daripada model yang dikalibrasi dan disahkan menunjukkan nilai kebolehpercayaan data adalah dari 0.90 hingga 0.97. Sementara itu, hasil daripada kelajuan arus dan arah arus semasa di Pantai Cherating hingga Pekan adalah 0 hingga 0.44 m/s dan 180º hingga 200º. Hasil kajian CVI menunjukkan bahawa 16.67 % dan 22.22 % daripada sepanjang 87 km pantai mempunyai kategori tahap rendah dan sangat rendah terdedah bahaya. Selain itu, sebanyak 33.33 % dan 27.78 % daripada pesisiran pantai juga masing-masing menunjukkan kategori tahap tinggi dan sangat tinggi. Lima kawasan iaitu Sg. Cherating ke Sungai Ular, Tjg. Tembeling ke Sg. Kuantan, Sg. Dua ke Sg. Penur, Sg. Penur ke Cherok Paloh dan Cherok Paloh ke Kuala Pahang, dikategorikan mengalami kesan kenaikan paras laut yang tinggi. Analisis statistik yang digunakan dalam model berangka bagi kajian ini memberi keyakinan yang tinggi antara keputusan model dan data yang diukur. Senario inundasi perubahan iklim dihasilkan berdasarkan ramalan pada tahun 2020, 2040, 2060, 2080 dan 2100 menunjukkan impak yang signifikan kepada pembangunan sekitar. Hasil kajian membantu menghasilkan strategi adaptasi dan mitigasi kepada pihak-pihak berkepentingan bagi membuat strategi adaptasi dan mitigasi yang sesuai bagi tujuan dasar dan garis panduan seiring mencapai pembangunan mampan di kawasan pesisir pantai terutama di kawasan yang terdedah kepada peningkatan aras laut.,Ph.D.
Pages: 299
Call Number: GC90.M4F339 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121005+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.