Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487015
Title: Pembangunan kaedah pencirian sifat mekanikal bahan berasaskan sensor filem piezo
Authors: Mohd Irman Ramli (P72363)
Supervisor: Mohd. Zaki Nuawi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Materials
Vibration -- Testing
Polymers
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Sep-2019
Description: Analisis modal merupakan intipati paling asas dalam mengenalpasti isyarat getaran yang terhasil akibat daya yang dikenakan ke atas sesuatu struktur. Dalam kajian ini, satu kaedah alternatif telah dibangunkan iaitu menggunakan kaedah analisis isyarat I-kaz 4D atau I-kaz 4 saluran. Kaedah alternatif ini menyumbang kepada penjimatan masa dan kos serta mengurangkan risiko kemalangan ketika melaksanakan operasi mengenalpasti sifat mekanikal sesuatu bahan. Bahan yang dipilih terdiri daripada loyang, tembaga, keluli lembut dan keluli tahan karat. Kesemua bahan ini merupakan struktur binaan paling asas yang banyak digunakan dalam industri. Pada permulaan kajian, satu pemerhatian dengan pembangunan kaedah baru menggunakan sensor meter pecutan telah dilaksanakan ke atas bahan polimer terdiri daripada polietilena, polivinil klorida, polioksimetilena dan MC nilon biru. Kesemua bahan ini melalui kajian pencirian sifatsifat mekanikal bahan seperti nisbah Poisson, kekerasan Vickers, kekuatan alah, kekuatan tegangan, kekuatan tekanan dan kekuatan kelesuan. Bebola besi digunakan untuk menghasilkan impak dari ketinggian berbeza iaitu antara 20 cm hingga 40 cm. Sejumlah empat sensor meter pecutan diletakkan di permukaan spesimen untuk menangkap isyarat getaran yang terhasil ekoran impak oleh bebola. Isyarat fana yang terhasil dianalisis menggunakan perisian MATLAB berdasarkan model matematik Ikaz 4D. Ralat kajian untuk empat spesimen ini adalah rendah dan termasuk dalam julat yang munasabah. Purata ralat untuk nisbah Poisson adalah 0.66%, kekerasan Vickers adalah 2.79%, kekuatan alah adalah 4.15%, kekuatan tegangan adalah 4.00%, kekuatan mampatan adalah 4.16% dan kekuatan kelesuan adalah 2.27%. Seterusnya, berpandukan kejayaan ujikaji di atas, satu kaedah baru dibangunkan dengan menumpukan kepada penggunaan sensor bukan konvensional iaitu sensor filem piezo. Dengan menggunakan tukul hentaman, daya dikenakan ke atas loyang, tembaga, keluli lembut dan keluli tahan karat yang berbentuk segiempat sama, segiempat tepat dan bulat. Perantaraan kemasukan data menggunakan NI-9234 DAQ dengan 4 saluran disambungkan kepada 4 sensor filem piezo. Impak daya yang terhasil daripada tukul hentaman direkodkan menggunakan SA-A1 RIONOTE. Manakala cetusan yang terhasil dari setiap hentaman dipantau dan direkodkan menggunakan perisian Signal Express. Semua data yang terhasil disimpan menggunakan .txt file dan kemudiannya dianalisis menggunakan perisian MATLAB untuk mendapatkan keputusan analisis modal bagi mengenalpasti frekuensi jati (untuk kesemua spesimen), isyarat FFT pula untuk mengenalpasti sifat anjal dinamik bahan (untuk spesimen berbentuk bulat sahaja) dan dilakukan analisa statistik (kesemua spesimen) yang menjurus untuk mendapatkan persamaan pekali I-kaz 4D. Nilai ralat yang diperolehi untuk analisis modal bagi nisbah Poisson hasil korelasi menggunakan sensor filem piezo melawan sifat anjal dinamik bahan adalah 8.46% (loyang), 11.25% (tembaga), 7.57% (keluli lembut) dan 8.20% (keluli tahan karat) manakala satu pemadanan lengkungan diperolehi bagi pemerhatian menggunakan pekali I-kaz 4D. Berpandukan nilai ralat yang direkodkan, kaedah alternatif menggunakan model matematik I-kaz 4D terbukti menjadi teknik pilihan untuk pencirian sifat mekanikal bahan yang mapan dan boleh diambil kira.,Ph.D.
Pages: 274
Call Number: TA403.M835 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120924+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
4.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.