Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487004
Title: Rintangan pengguna BIM ke arah pembangunan kerangka kerja hasil interaksi BIM di Malaysia
Authors: Mohd Harris Mohd Ismail (P75257)
Supervisor: Adi Irfan Che Ani, Prof. Madya Dr.
Keywords: Building
Pembinaan
Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 18-Sep-2018
Description: Ph.D.,Satu daripada masalah besar yang dihadapi dalam pembangunan perisian ialah perisian yang dibangunkan tidak menepati kehendak pengguna. Bagi mengatasi masalah ini, konsep pengaturcaraan pengguna akhir telah diperkenalkan. Melalui konsep ini pengguna akhir akan terlibat secara langsung dalam membangunkan perisian yang dikehendaki oleh mereka. Bagi membolehkan pengaturcaraan pengguna akhir dilakukan secara berkesan, pengguna akhir perlu dibekalkan dengan sokongan alatan perisian yang sesuai. Satu daripada pendekatan pengguna akhir ialah kaedah pembangunan perisian berasas blok atau dikenali juga sebagai pengaturcaraan berasas blok yang diperkenalkan oleh penyelidik di UKM sejak beberapa tahun yang lepas. Tujuan utama pendekatan ini ialah untuk membolehkan pengguna akhir membangunkan perisian dengan menggabungkan blok perisian tanpa melibatkan proses pengekodan. Pengaturcaraan pengguna akhir sangat diperlukan bagi membangunkan perisian tersuai untuk kategori pengguna yang khusus. Satu daripada kategori pengguna ini ialah kanak-kanak keperluan khas seperti kanak-kanak autisme yang mempunyai masalah pembelajaran, kekurangan motivasi dan memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan tugas berbanding kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autisme memerlukan perisian pendidikan tersuai yang memberi tumpuan kepada gaya pembelajaran mereka yang unik. Kajian yang dijalankan bertujuan untuk menentukan kesesuaian penggunaan pendekatan pengaturcaraan berasas blok bagi membolehkan pengguna akhir seperti ibu bapa dan guru menghasilkan perisian tersuai yang sesuai digunakan bagi kanak-kanak autisme. Terdapat tiga objektif spesifik bagi kajian ini. Objektif yang pertama ialah mengenalpasti blok-blok yang diperlukan bagi memenuhi keperluan pembelajaran di kalangan kanak-kanak autisme. Bagi mencapai objektif pertama, analisis domain telah dilakukan dengan analisis perbandingan pakej perisian sedia ada, mengenalpasti keperluan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak autisme dan analisis keperluan pengguna. Objektif yag kedua ialah merekabentuk dan membangunkan blok-blok yang diperlukan. Objektif kedua dicapai dengan menggunakan kaedah Applied Behavior Analysis (ABA) bagi memastikan blok yang dibangun sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak autisme. Objektif yang ketiga ialah melakukan penilaian dan pengujian ke atas pendekatan pembangunan yang digunakan. Objektif ketiga dicapai dengan melakukan beberapa kajian kes yang melibatkan proses pengintegrasian blok oleh ibu bapa bagi menghasilkan perisian yang sesuai untuk anak-anak mereka telah dilakukan. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pendekatan pengaturcaraan berasas blok ini sesuai digunakan oleh pengguna akhir seperti ibu bapa bagi menghasilkan perisian yang diperlukan kanak-kanak autisme. Sumbangan utama kajian ini ialah ia mengukuhkan pendekatan pengaturcaraan berasas blok sebagai satu daripada kaedah bagi menyokong konsep pengaturcaraan pengguna akhir terutamanya bagi golongan yang tidak langsung mempunyai kemahiran pengaturcaraan. Melalui kajian yang telah dijalankan jelas bahawa penggunaan kaedah ini telah berjaya memudahkan pengguna akhir seperti ibu bapa dan guru menghasilkan perisian pendidikan tersuai bagi kanak-kanak keperluan khas. Selain daripada itu beberapa sumbangan lain ialah kaedah bagi melakukan analisis domain bagi perisian pendidikan, penggunaan kaedah ABA dalam pembangunan blok dan pengubahsuaian heuristik yang digunakan bagi menilai perisian pendidikan.
Pages: 204
Call Number: QA76.76.D47A355 2019 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120611+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
29.99 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.