Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486986
Title: | Kerangka perubahan organisasi bagi perlaksanaan sistem pembuatan lean |
Authors: | Norani Nordin (P45261) |
Supervisor: | Baba Md Deros, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Organizational change Lean manufacturing Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 2-Mar-2012 |
Description: | Sistem pembuatan lean dilaksanakan secara meluas di syarikat-syarikat pengeluaran seluruh dunia. Bagaimanapun, kadar kejayaan yang rendah bagi pelaksanaan pembuatan lean di banyak negara adalah membimbangkan. Kajian ini adalah percubaan bagi merumus dan membangunkan kerangka pelaksanaan pembuatan lean. Kerangka ini penting kerana ia dibangunkan dalam konteks proses perubahan bagi peralihan kepada pembuatan lean. Objektif utama kajian adalah mengintegrasikan ciri-ciri pengurusan perubahan organisasi dalam usaha merumus kerangka pembuatan lean. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian kaedah campuran penjelasan digunakan di mana data kuantitatif dan kualitatif dikumpulkan secara berurutan. Pada fasa pertama, borang kaji selidik dihantar ke 143 buah syarikat dalam industri automotif Malaysia. Kadar maklum balas adalah 42.7%. Bagi memahami pelaksanaan pembuatan lean di Malaysia, analisis gugusan telah dijalankan. Syarikat terbabit dikategorikan kepada tiga gugusan: bukan-lean (Gugusan A), dalam peralihan ke lean (Gugusan B), dan syarikat lean (Gugusan C). Penemuan kajian menunjukkan syarikat lean (Gugusan C) mendapat mata min skor yang lebih tinggi dan mempunyai korelasi yang tinggi dengan hampir semua faktor perubahan organisasi berbanding gugusan lain seperti kesediaan untuk berubah, pasukan pengeluaran, kepimpinan dan sokongan pengurusan, pemerkasaan pekerja, komunikasi yang berkesan, sistem agen perubahan, dan proses pemantauan. Seterusnya, beberapa kajian kes telah dijalankan bagi menghalusi dan memahami dengan lebih mendalam senario am pelaksanaan pembuatan lean yang telah dikumpulkan menggunakan borang kaji selidik. Dua soalan utama dianalisis: bagaimana syarikat berubah kepada sistem pembuatan lean?, dan bagaimana faktor perubahan organisasi membantu syarikat ini melaksanakan sistem pembuatan lean dengan lancar? Untuk menjawab soalan-soalan ini, empat buah syarikat pembuatan komponen automotif Malaysia dipilih menjalani kajian kes terperinci. Syarikat-syarikat ini dipilih berdasarkan kesediaan mereka untuk mengambil bahagian dan pengalaman mereka melaksanakan inisiatif lean. Perbandingan silang antara syarikat kajian kes telah dapat mengenal pasti lima halangan ketika pelaksanaan pembuatan lean seperti: kesukaran mendapatkan pengetahuan pembuatan lean, kurang sokongan pihak pengurusan, pasukan lean yang tidak berupaya, kurang latihan dan komunikasi, dan sikap pekerja. Dalam memahami halangan-halangan ini, pemahaman yang lebih mendalam tentang kesan faktor perubahan organisasi semasa transisi dapat diperoleh. Usaha pelaksanaan lean yang berlanjutan adalah asas bagi pembangunan rangka perubahan organisasi dalam pelaksanaan pembuatan lean. Faktor utama bagi kelancaran peralihan pembuatan lean adalah: kesediaan untuk berubah, kepimpinan dan pengurusan, sistem agen perubahan, pembangunan dan pemerkasaan pasukan, komunikasi, dan sistem pemantauan. Cadangan kerangka disahkan dengan menggunakan pendapat pakar dalam sistem pembuatan lean melalui teknik Delphi. Beberapa orang pakar telah ditanya mengenai pendapat mereka tentang kebolehgunaan dan praktikalnya kerangka itu di Malaysia. Kerangka ini mungkin dapat memberi sumbangan kepada ilmu pengetahuan bagi ahli akademik dan pengamal pembuatan lean. Dari segi teori, kerangka ini memiliki beberapa kekuatan penting kerana ia dapat membentuk hubungan jelas antara pengurusan perubahan dan pelaksanaan pembuatan lean. Kegagalan mengenal pasti perubahan organisasi yang diperlukan bagi menyesuaikan sistem pembuatan lean akan menghalang pencapaian manfaat jangka panjang kepada organisasi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 274 |
Call Number: | TS155.N667 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120320+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 754.2 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.