Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486982
Title: | Model pengurusan rantaian pembekalan hijau bagi industri pembuatan |
Authors: | Wan Hasrulnizzam Wan Mahmood (P49888) |
Supervisor: | Mohd Nizam Ab Rahman, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Industrial management Business logistics Manufacturing industries Green technology Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 24-Oct-2012 |
Description: | Isu alam sekitar seperti pencemaran dan penggunaan sumber yang tidak boleh dikitar semula menjadi permasalahan global. Justeru, pengurusan rantaian pembekalan hijau (GSCM) diperkenalkan sebagai alternatif kepada pendekatan tradisional pengurusan rantaian pembekalan (SCM) untuk melestarikan kepentingan alam sekitar. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyelidik status pelaksanaan GSCM yang meliputi elemen, faedah dan faktor kejayaan kritikal dalam industri pembuatan di Malaysia. Ia juga mengkaji kesan pelaksanaan GSCM ke atas prestasi: pembuatan, alam sekitar dan ekonomi melalui pembinaan reka bentuk dan pengesahan model persamaan struktural. Kaedah kajian meliputi tinjauan industri, kajian kes dan simulasi. Kaedah triangulasi digunakan dalam pengesahan data termasuk: analisa deskriptif, ujian bukan parametrik dan analisis multivariat. Seramai 104 orang responden terpilih secara rawak mewakili 43.15 % bilangan populasi syarikat pembuatan yang mendapat pengiktirafan MS ISO 14001. Keputusan analisis kajian tinjauan mendapati terdapat 12 elemen, 13 faedah dan 12 faktor kejayaan kritikal yang utama dalam pelaksanaan GSCM. Keputusan ujian bukan parametrik menunjukkan kumpulan syarikat pembuatan komponen elektrik dan elektronik mempunyai skor pelaksanaan GSCM yang lebih baik berbanding dengan lain-lain. Sementara itu, syarikat yang mempunyai tempoh pelaksanaan sistem pengurusan alam sekitar yang melebihi lima tahun secara signifikan memberikan kelebihan dalam pengamalan GSCM. Ciri-ciri pemboleh ubah dan hubungan antara pemboleh ubah dalam model persamaan struktural ditentukan melalui temu bual dengan 24 orang wakil pengurusan di pelbagai syarikat. Keputusan analisis model persamaan struktural menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara pemboleh ubah di mana elemen GSCM iaitu pengeluaran hijau dapat memberikan impak kepada prestasi pembuatan, prestasi alam sekitar dan prestasi ekonomi, termasuk prestasi pembuatan menunjukkan pengaruh signifikan terhadap prestasi alam sekitar. Sebuah syarikat pembuatan komponen aerokomposit telah dipilih sebagai lokasi kajian untuk pengesahan model persamaan struktural. Kajian literatur mendapati masih kurang kajian GSCM yang memfokuskan penglibatan syarikat pembuatan komponen aerokomposit terutamanya di Malaysia. Keputusan analisis kajian kes mendapati pelaksanaan GSCM adalah sederhana, kerana kurangnya kesedaran pekerja terhadap kepentingan pengamalan hijau dalam pengurusan operasi; serta fokus syarikat yang lebih mengutamakan penambahbaikan prestasi pembuatan yang turut berada pada skala sederhana. Terdapat inisiatif hijau dikenal pasti dalam sistem pengurusan alam sekitar mampu memberikan motivasi terhadap pelaksanaan GSCM seperti aktiviti guna semula, dan pengoptimuman sumber tenaga. Faktor persekitaran termasuk pihak kerajaan, agensi bukan kerajaan dan pelanggan mempengaruhi pelaksanaan GSCM dalam kontrak pembuatan jangka panjang. Kajian simulasi menggunakan perisian ARENA 13.0 pula mengesahkan bahawa pelaksanaan GSCM dapat memberikan impak positif kepada prestasi pembuatan dalam sistem pembuatan komponen aerokomposit terutamanya prestasi masa dan fleksibiliti. Untuk kesimpulan, kajian ini dapat memberikan kefahaman dan sumbangan ilmu terhadap pelaksanaan GSCM di Malaysia, malah model persamaan struktural boleh dimanfaat dalam pelbagai sektor industri bagi memperkasakan prestasi pembuatan, alam sekitar dan ekonomi. Beberapa cadangan kajian lanjutan juga dikenal pasti untuk meningkatkan pelaksanaan GSCM secara lebih menyeluruh.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah" |
Pages: | 251 |
Call Number: | TD145.W338 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_120195+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 276.24 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.