Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486957
Title: | Blok zirkonia monolitik untuk restorasi pergigian melalui teknik berkoloid dan penekanan isostatik sejuk |
Authors: | Noor Faeizah Amat (P80697) |
Supervisor: | Andanastuti Muchtar, Prof. Dr. |
Keywords: | Crowns (Dentistry) Zirconium Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Nov-2018 |
Description: | Zirkonia adalah bahan restorasi pergigian yang unggul kerana kekuatan mekanik, estetik dan bioserasi yang cemerlang. Sifat mekanik zirkonia yang dihasilkan melalui teknik berkoloid dan penekanan isostatik sejuk (CIP) telah menunjukkan potensi yang bagus untuk aplikasi restorasi pergigian. Namun, kebolehlaksanaan teknik berkoloid dan CIP dalam menghasilkan blok zirkonia monolitik boleh mesin yang mempunyai rintangan penuaan dan kelutcahayaan yang baik masih belum disiasat sepenuhnya. Oleh itu, kajian ini tertumpu kepada penghasilan blok zirkonia monolitik melalui kedua-dua teknik konsolidasi tersebut serta boleh dimesin ke bentuk korona. Hubungkait antara teknik penyerakan dan kestabilan ampaian zirkonia dalam sistem berkoloid disiasat dengan terperinci. Kesan suhu pra-sinter terhadap kebolehmesinan blok zirkonia kepada bentuk korona telah turut dikaji, di samping sifat mekanik, rintangan penuaan dan lutcahaya zirkonia selepas pensinteran akhir. Ampaian zirkonia 3YSZ dengan pembebanan serbuk 10 %isipadu diserak melalui teknik berbeza (pengisaran bebola dan rawatan ultrasonik) serta dianalisis melalui ujian keupayaan zeta dan teknik penyerakan cahaya laser. Teknik penyerakan yang menghasilkan saiz purata zarah paling kecil dipilih untuk menghasilkan padatan blok melalui penuangan buburan. Sampel blok dengan diameter 40 mm dan ketebalan 20 mm menjalani proses CIP pada tekanan berbeza (100-300 MPa) selama 2 min. Tekanan yang menghasilkan blok dengan keliangan yang minimum, ketumpatan yang tinggi dan saiz liang terkecil dipilih untuk dipra-sinter pada 900 °C-1200 °C selama 2 jam masa rendaman. Sifat mekanik blok berdasarkan kekerasan Vickers, keliatan patah, indeks kerapuhan, ketumpatan dan peratus pengecutan dicirikan sebelum dimesin kepada bentuk korona anatomik. Morfologi permukaan zirkonia dianalisis sebelum dan selepas pemesinan. Sampel cakera silinder digunakan untuk menyiasat kesan suhu pensinteran akhir (1400 °C-1600 °C) terhadap rintangan penuaan zirkonia yang dibangunkan. Sifat kelutcahayaan sampel pada suhu pensinteran akhir berbeza dikenalpasti menggunakan spektrofotometer. Kombinasi rawatan ultrasonik selama 10 min dan pengisaran bebola pada 300 rpm selama 120 min telah menghasilkan penyerakan zarah maksimum, dengan saiz purata zarah 48 nm. Blok zirkonia jasad anum yang terhasil mencapai 59% ketumpatan dan mempamerkan saiz liang terkecil 18 nm apabila CIP dijalankan pada 250 MPa. Kajian ini juga mendapati blok yang dipra-sinter pada 1100 °C mempamerkan nilai pengecutan yang boleh diterima (21.7% ± 1.7%) kerana berada dalam julat yang dibenarkan. Sampel ini juga menunjukkan kekerasan yang mencukupi (1.27 ± 0.21 GPa), indeks kerapuhan yang sewajarnya (0.32 μm⁻1/2) untuk pemesinan seramik pergigian, dan kualiti permukaan pemesinan zirkonia yang baik. Kelutcahayaan sampel melebihi 34% apabila suhu pensinteran akhir melebihi 1450 °C. Secara keseluruhan, prestasi mekanik zirkonia penuaan adalah terbaik pada suhu pensinteran 1500 °C. Walaupun prestasi sedikit merosot selepas penuaan, sampel masih boleh diterima untuk digunakan dalam persekitaran dalam mulut selama 15-20 tahun. Gabungan teknik berkoloid dan CIP didapati mampu menghasilkan blok zirkonia boleh mesin dengan sifat mekanik, kelutcahayaan serta rintangan penuaan yang baik. Oleh itu, kajian ini dapat menyumbang kepada penggunaan zirkonia monolitik dalam aplikasi restorasi pergigian melalui teknik berkoloid dan CIP.,Ph.D. |
Pages: | 159 |
Call Number: | TP245.Z8N646 2018 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_119239+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.