Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486950
Title: Kesan pembebanan statik dan seismik ke atas parameter kekuatan tanah baki
Authors: Noor Hasnida Baharudin (P42499)
Supervisor: Anuar Kasa, Ir. Dr.
Keywords: Earthquake hazard analysis -- Malaysia
Earthquake resistant design -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 7-Nov-2018
Description: Malaysia terdedah kepada ancaman gempa bumi tempatan serta kesan jarak jauh oleh itu memerlukan rekabentuk seismik struktur kejuruteraan. Setakat ini masih tiada garispanduan atau Malaysian Standard yang bersesuaian dengan keadaan tanah di Malaysia. Garispanduan oleh NCMA mempunyai beberapa limitasi antaranya penggunaan nilai PGA tidak melebihi 400 gal, pengurangan kekuatan tanah tidak melebihi 15 % serta penggunaan nilai parameter kekuatan tanah yang didapati secara pembebanan statik sahaja. Garispanduan EUROCODE dan UBC juga mempunyai kekurangan dari segi mendapatkan nilai PGA yang sesuai untuk digunakan dalam rekabentuk seismik. Kajian ini dijalankan ke atas tanah baki MH (kelodak berplastikan tinggi). Objektif utama adalah untuk mengkaji kesan pembebanan seismik ke atas parameter kekuatan tanah baki dengan cara mendapatkan persamaan korelasi antara PGA dengan jelekitan dan sudut geseran tanah serta menjalankan analisa FEM bagi melihat kesan pembebanan seismik terhadap tembok penahan bertetulang geogrid. Nilai PGA sebanyak 50, 100, 200, 500 dan 950 gal digunakan bagi simulasi gempa bumi selama 21 saat di atas Meja Gegar sementara nilai PGA 50, 100, 200, 500 gal digunakan bagi simulasi 12 saat. Keputusan Ujian Tiga Paksi menunjukkan penambahan jangkamasa PGA akan menyebabkan penambahan jelekitan (C) dan mengurangkan sudut geseran (Ø) manakala penambahan keamatan PGA akan menyebabkan pengurangan jelekitan dan penambahan sudut geseran. Nilai jelekitan bagi sampel dengan pembebanan statik adalah lebih rendah berbanding nilai yang didapati bagi semua keamatan PGA yang diuji. Bagi sudut geseran, nilai yang didapati di bawah pembebanan statik adalah lebih tinggi berbanding pembebanan seismik bagi semua keamatan PGA. Bagi sudut geseran, pengurangan berbanding pembebanan statik adalah antara 37.85 % - 71.1 % bagi jangkamasa gegaran 21 saat dan antara 2.69 % - 21.36 % bagi jangkamasa 12 saat sementara bagi jelekitan, peratus peningkatan didapati antara 43.11 % - 64.89 % bagi jangkasama gegaran 21 saat dan antara 5.11 % - 39.13 % bagi jangkamasa 12 saat untuk nilai PGA yang diuji. Analisa FEM ke atas tembok penahan bertetulang geogrid menunjukkan intensiti PGA memberi impak ke atas faktor keselamatan, anjakan pugak, anjakan ufuk serta jumlah anjakan. Sumbangan kajian ini meliputi penghasilan rekabentuk acuan serta kaedah pemadatan terubahsuai, dapatan persamaan korelasi antara PGA dan parameter kekuatan tanah serta keputusan analisa FEM terhadap kesan pembebanan seismik ke atas tembok penahan bertetulang geogrid yang boleh digunakan sebagai panduan dalam rekabentuk seismik struktur kejuruteraan.,Ph.D.
Pages: 157
Call Number: TA658.44.N646 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118679+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.