Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486903
Title: Penjanaan indeks keselamatan kerosakan lesu berasaskan analisis isyarat terikan
Authors: Mohd Faridz Mod Yunoh @ Mohd Yunus (P64451)
Supervisor: Shahrum Abdullah, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Automotif
Materials -- Fatigue
Issue Date: 17-Apr-2018
Description: Kajian ini membentangkan penjanaan indeks keselamatan kerosakan lesu berasaskan kaedah analisis isyarat terikan. Kaedah analisis isyarat telah digunakan secara meluas dalam meramal hayat lesu, terutama dalam bidang automotif. Ramalan hayat lesu bagi komponen automotif perlu dikaji berdasarkan pembebanan yang sebenar dan mengambil kira kesan permukaan jalan kerana ia menyumbang kepada pembebanan amplitud boleh ubah yang kompleks. Maka, adalah menjadi keperluan untuk melakukan penyelidikan terperinci dalam pengelasan kerosakan lesu yang menjurus kepada pembangunan indeks keselamatan sebagai rujukan dalam menentukan tahap kerosakan komponen automotif. Justeru, objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menentukan kelakuan isyarat terikan yang dicerap daripada komponen automotif dan membangunkan kaedah analisis bersepadu untuk menjana indeks keselamatan kerosakan lesu bagi menentukan tahap kerosakan lesu komponen automotif. Dalam kajian ini, isyarat terikan dicerap pada pegas gegelung kereta dengan melibatkan pemanduan kereta pada permukaan jalan di kawasan kampus universiti, kampung, perumahan, lebuh raya dan jalan tidak berturap. Semua isyarat terikan yang dicerap termasuk isyarat rujukan SAE dan isyarat buatan dianalisis menggunakan kaedah statistik, pemprosesan isyarat serta ramalan hayat terikan lesu. Segmen-segmen dalam isyarat terikan yang memberi kerosakan lesu yang tinggi dikesan dan diekstrak menggunakan kaedah penyuntingan isyarat berasaskan penjelmaan anak gelombang. Ciri-ciri pengekstrakan dikira bagi setiap segmen untuk dijadikan data masukan bagi pembangunan indeks keselamatan kerosakan lesu. Ciri-ciri pengekstrakan kemudian dikelompokkan menggunakan kaedah pengelompokan purata-K. Apabila jumlah kelompok telah diperoleh, ciri-ciri pengekstrakan dikelas bagi mendapatkan tahap kerosakan lesu menggunakan kaedah pengelasan Rangkaian Neural Buatan (ANN). Indeks keselamatan kerosakan lesu dijana berdasarkan kepada keputusan pengelasan ANN. Keputusan menunjukkan bahawa sebanyak 215 segmen yang menyumbang kerosakan diekstrak menggunakan kaedah penjelmaan anak gelombang. Lima kelompok yang sesuai telah diperoleh melalui proses pengelompokan purata-K. Berdasarkan kepada pengelasan ANN, sebanyak lima kelas dengan ketepatan 97% diperoleh. Indeks keselamatan kerosakan lesu dijana dengan julat kerosakan lesu 1.98 x 10-7 hingga 8.42 x 10-5 mewakili sangat sedikit, julat 8.41 x 10-5 hingga 7.25 x 10-4 mewakili sedikit, julat 7.24 x 10-4 hingga 2.92 x 10-4 mewakili sederhana, julat 2.91 x 10-4 hingga 1.65 x 10-3 mewakili kritikal dan julat 1.64 x 10-3 hingga 1.14 x 10-3 mewakili sangat kritikal. Keputusan yang diperoleh menunjukkan bahawa semakin tinggi skala indeks, semakin tinggi nilai kerosakan lesu. Pembangunan indeks keselamatan kerosakan lesu berdasarkan kaedah analisis bersepadu yang melibatkan proses penyuntingan isyarat, pengelompokan dan pengelasan isyarat terikan merupakan sumbangan utama dalam kajian untuk dijadikan rujukan dalam menilai tahap kerosakan lesu dan integriti struktur automotif.,Ph.D.
Pages: 203
Call Number: TA418.38.M8343 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100870+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
21.21 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.