Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486885
Title: Pemodelan frekuensi bolehguna maksimum di Semenanjung Malaysia
Authors: Rafidah Abd Malik (P68608)
Supervisor: Mardina Abdullah, Prof. Ir. Dr.
Keywords: Radio wave propagation
Issue Date: 1-Oct-2018
Description: Pemodelan frekuensi bolehguna maksimum (MUF) adalah penting untuk mengurus dan merancang radio frekuensi tinggi (HF). Ini adalah kerana sifat-sifat ionosfera yang sentiasa berubah mengikut skala masa beberapa minit akan menjadikannya mustahil untuk radio HF bergantung hanya kepada satu frekuensi untuk komunikasi sepanjang hari. Oleh itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan model MUF di Semenanjung Malaysia berdasarkan lapisan ionosfera F2 dan indeks matahari. Kemudian, menguji model dengan meramalkan nilai median bulanan MUF melalui model MUF. Sebelum itu, korelasi antara MUF dan parameter pemodelan diperolehi untuk mengenal pasti parameter yang banyak menyumbang kepada pemodelan MUF. Pemodelan telah dijalankan pada awal kitaran Solar 24, iaitu dari 2009 hingga 2011, manakala ramalan MUF dilaksanakan untuk tahun 2014, dan Julai dan Ogos 2014. Parameter pemodelan ialah parameter lapisan ionosfera F2 dari Kototabang, Indonesia (100.3°E, 0.2°S; 10.36°S), iaitu dari South East Asia Low-latitude Ionospheric Network (SEALION) ionosonde, dan indeks matahari, iaitu bilangan tompok pada matahari (SSN) dari Space Weather Services, Bureau of Meteorology, Australia. Data MUF eksperimen adalah dari Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), Kementerian Pertahanan, Malaysia. Data MUF eksperimen telah digunakan untuk penentusahkan dan sebagai perbandingan dengan data dari model MUF. Selain daripada itu, model MUF juga telah dibandingkan dengan MUF dari perisian ramalan Advance Stand Alone Prediction System (ASAPS) dan Ionospheric Communications Enhanced Profile Analysis and Circuit Prediction Program (ICEPAC). Analisis statistik, iaitu kaedah regresi telah digunakan untuk menghasilkan model MUF dan mengenalpasti kekuatan korelasi antara MUF dan parameter lapisan ionosfera F2 dan SSN. Pemilihan model MUF berdasarkan pada tahap keyakinan 99%. Manakala, analisis ralat, iaitu purata ralat mutlak (MAE) dan purata peratusan ralat mutlak (MAPE) digunakan untuk menilai ketepatan antara model MUF dengan eksperimen MUF dan MUF dari perisian ramalan. Keputusan pemodelan menunjukkan bahawa dua model telah dihasilkan dari kaedah regresi, iaitu MUFMasa dan MUFSSN. MUFMasa meramalkan nilai MUF berdasarkan masa dalam satu hari (24 jam), manakala MUFSSN meramalkan nilai MUF berdasarkan bulanan. Pengesahan model menunjukkan bahawa 92% MUFMasa menghampiri MUF eksperimen. Melalui gabungan kedua-dua model tersebut, ramalan MUF adalah anggaran bulanan dan berdasarkan masa dalam 24 jam. Oleh itu, kedua-dua model perlu digabungkan untuk mendapatkan nilai MUF median bulanan setiap jam. Perbandingan frekuensi yang diramal dari model MUF untuk 2012 dengan ASAPS dan ICEPAC menunjukkan bahawa ASAPS dan ICEPAC terlebih anggaran dari model MUF sebanyak 8% dan 13%. Perbandingan antara ramalan dari model MUF dan frekuensi HF eksperimen menunjukkan bahawa lebih daripada 80% frekuensi dari model MUF menghampiri frekuensi HF eksperimen. Ini menunjukkan bahawa model MUF berpotensi meramal frekuensi HF di Malaysia. Oleh itu, kajian lanjut dan usaha berterusan perlu dilakukan untuk menghasilkan model MUF yang menghampiri 100%, iaitu model MUF yang lebih tepat untuk meramal frekuensi operasi HF di Malaysia.,Ph.D.
Pages: 152
Call Number: TK6553.R334 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100017+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
6.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.