Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486884
Title: | Pembangunan kaedah pengesanan infarksi miokardium dari fotopletismogram menggunakan analisis statistik |
Authors: | Nurhafizah Mahri (P58194) |
Supervisor: | Gan Kok Beng, Dr. |
Keywords: | Sensor optik Myocardial Infarction |
Issue Date: | 13-Dec-2017 |
Description: | Infarksi miokardial (MI) merupakan penyakit utama yang menyebabkan kematian di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Faktor utama yang menyumbang kepada kematian disebabkan MI ialah kelewatan dalam mendapatkan rawatan awal sebaik sahaja terdapat tanda-tanda iskemik. Kelewatan tersebut berlaku disebabkan sikap pesakit yang kurang kesedaran terhadap penyakit ini. Mekanisme pengesanan awal adalah amat diperlukan bagi meningkatkan kesedaran pesakit terhadap MI dan segera mendapatkan rawatan di hospital apabila terdapat tanda-tanda iskemik, bagi mengurangkan risiko kematian. Selain itu, alat diagnosis MI yang sedia ada iaitu elektrokardiografi (ECG) dan ujian darah enzim kardiak, mempunyai limitasi yang boleh diberikan penambahbaikan. Objektif utama kajian ini ialah untuk membangunkan teknik yang mudah dan tidak invasif untuk mengesan MI dengan menggunakan isyarat fotopletismograf (PPG). PPG merupakan sejenis sensor optik yang dikenal pasti boleh mengesan perubahan isipadu strok dan output kardiak, di mana kedua-dua ciri ini akan terkesan disebabkan oleh komplikasi MI. PPG merupakan alat yang ringkas, murah, dan mudah digunakan oleh individu yang bukan ahli perubatan. Oleh itu ia dicadangkan sebagai alat yang boleh mengesan kehadiran MI di peringkat awal dan pelengkap kepada alat pengesan MI yang sedia ada. Sebanyak 64 individu terlibat dalam kajian ini dengan 32 orang adalah subjek kawalan manakala 32 orang adalah pesakit MI. Isyarat PPG telah disampel pada frekuensi 100 Hz dengan resolusi 24 bit berdasarkan protokol pemerolehan data. Dalam kajian ini, isyarat PPG dalam fasa sistolik dikaji kerana ejeksi ventrikel kiri yang berlaku dalam fasa ini didapati mempengaruhi isyarat PPG. Kaedah analisis isyarat PPG terbitan kedua (SDPPG) telah digunakan untuk menyari ciri isyarat dalam fasa sistolik. Sebanyak 36 ciri telah disari, di mana dua ciri adalah ciri isyarat asal PPG iaitu amplitud puncak sistolik (y) dan sela masa ke puncak (tc). Manakala 34 ciri yang lain adalah ciri SDPPG yang dikelaskan kepada lima kumpulan iaitu: a) ketinggian gelombang (PH), b) nisbah SDPPG, c) sela masa, d) sentakan, e) nisbah sela masa antara gelombang (RCT). Ciri PH, nisbah SDPPG, dan sentakan dikelaskan sebagai ciri terbitan amplitud SDPPG manakala sela masa dan RCT adalah ciri terbitan sela masa SDPPG. Analisis awal menggunakan statistik inferens menunjukkan purata ciri SDPPG terbitan amplitud bagi pesakit MI adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Sebaliknya, purata ciri SDPPG terbitan sela masa bagi kumpulan kawalan adalah lebih tinggi berbanding pesakit MI. Ciri-cri yang telah disari dipilih bagi menghasilkan model untuk mengklasifikasikan kedua-dua kumpulan secara optimum. Kaedah statistik inferens, analisis ciri pengoperasian relatif (ROC), analisis regresi logistik, dan analisis komponen utama (PCA) telah digunakan untuk mengukur prestasi dan mengoptimunkan ciri tersebut. Model teroptimum yang dihasilkan oleh analisis regresi logistik menunjukkan nilai kekhususan 87.5% dan kepekaan 93.8%. Model ini diwakili oleh ciri bebas: PH (a), sela masa (ab) dan (bc) dan RCT (ad/aa). Kesimpulannya, kajian ini telah mengesahkan PPG sesuai digunakan sebagai alat saringan MI.,Ph.D. |
Pages: | 157 |
Call Number: | RC685.I6N847 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99994+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 9.83 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.