Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486879
Title: Pembangunan kaedah pemeriksaan tiub secara tidak invasif menggunakan teknologi getaran dan pancaran akustik
Authors: Zakiah Abd Halim (P58230)
Supervisor: Nordin Jamaludin, Prof. Madya Dr.
Keywords: Tiub
Acoustic emission
Issue Date: 1-Jan-2018
Description: Pemeriksaan tiub merupakan salah satu faktor utama penentu hayat penukar haba dan dandang yang perlu dilakukan secara berkala. Kaedah pemeriksaan tiub yang digunakan di industri pada masa ini adalah secara invasif. Tambahan pula, penentuan kehadiran kecacatan sangat bergantung kepada kemahiran dan pengalaman pemeriksa tiub. Oleh itu, projek penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan satu kaedah pemeriksaan tiub secara tidak invasif berasaskan teknologi getaran dan pancaran akustik, serta memperkenalkan satu kaedah penentuan kehadiran kecacatan yang mudah dan pantas. Kaedah pemeriksaan tiub yang dibangunkan ini dinamakan Vibration Impact Acoustic Emission (VIAE). Sejumlah 14 batang tiub keluli karbon ASTM A179 terlibat dalam penyelidikan ini. Dalam kajian ini, struktur tiub diketuk secara elastik menggunakan tukul impak pada julat daya impak 35 N hingga 40 N. Proses pencerapan isyarat rambatan dilakukan melibatkan teknologi pancaran akustik berpenderia jalur lebar dengan julat frekuensi sehingga 2 MHz. Penyelidikan ini dilakukan dalam 2 peringkat. Peringkat pertama adalah untuk menentukan keupayaan mengesan kehadiran kecacatan lubang telus pada lokasi berlainan dalam struktur tiub menggunakan daya impak. Kecacatan buatan berdiameter 1 mm. Lokasi kecacatan lubang telus adalah pada 100 mm, 200 mm, 300 mm, 400 mm, 600 mm, 700 mm, 800 mm dan 900 mm dari hujung tiub. Peringkat kedua penyelidikan ini melibatkan kajian penentuan kehadiran kecacatan. Pada setiap lokasi, kedalaman lubang adalah 20%, 40%, 60% dan 100% bagi mewakili kehilangan dinding tiub. Isyarat getaran menunjukkan keputusan yang tidak signifikan sebagai penentuan kecacatan. Isyarat pancaran akustik yang dicerap dianalisis dalam domain masa dan frekuensi. Isyarat pancaran akustik menunjukkan bilangan cetusan yang pelbagai amplitud dan jeda sepanjang tempoh perambatan gelombang. Dalam projek penyelidikan ini, ciri amplitud maksimum tidak menunjukkan keputusan yang signifikan antara tiub-tiub kajian. Ciri tempoh perambatan gelombang, kiraan dan tenaga menunjukkan aktiviti perambatan gelombang yang lebih signifikan berbanding tiub rujukan pada p > .05. Algoritma Auto-regresif (AR) telah digunakan sebagai kaedah penentuan kecacatan. Algoritma AR dimanfaatkan untuk penentuan kehadiran kecacatan berdasarkan corak isyarat rambatan pancaran akustik. Isyarat-isyarat dari tiub rujukan digunakan sebagai perbandingan bagi mendapatkan pola perbezaan bagi isyarat-isyarat dari tiub berkecacatan. Kumpulan isyarat dari tiub berkecacatan telah berjaya diasingkan secara efektif daripada kumpulan isyarat tiub rujukan menggunakan algoritma AR. Kehadiran kecacatan berjaya ditentukan melalui plot dendrogram. Jarak relatif di antara kumpulan melebihi nilai 2 menunjukkan tiub kajian mempunyai kecacatan. Secara keseluruhannya, kaedah VIAE yang baru dibangunkan hasil integrasi teknologi getaran dan pancaran akustik telah menunjukkan potensi sebagai kaedah pemeriksaan tiub secara tidak invasif. Hasil penyelidikan membuktikan corak perambatan isyarat pancaran akustik dipengaruhi oleh kedudukan serta kedalaman kecacatan. Penggunaan algoritma AR telah berjaya mengenal pasti kehadiran kecacatan berdasarkan corak rambatan isyarat yang terhasil. Kombinasi algoritma AR dan plot dendrogram memudahkan penentuan kehadiran kecacatan pada struktur tiub serta dapat mengurangkan kebergantungan terhadap kemahiran dan pengalaman pemeriksa tiub.,Ph.D.
Pages: 286
Call Number: TA418.8.Z337 2018 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99195+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.