Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486866
Title: | Pembangunan sistem pengecaman bahan kitar semula plastik dan kertas menggunakan teknologi kapasitan |
Authors: | Irfana Kabir Ahmad (P52878) |
Supervisor: | Hassan Basri, Prof. Dato' Ir Dr. |
Keywords: | Sisa pepejal Pengasingan Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 21-Sep-2017 |
Description: | Sistem pengasingan sisa pepejal perbandaran pada masa kini merupakan satu kaedah untuk mengurangkan jumlah sisa yang perlu dilupuskan di tapak pelupusan sampah, maka dengan ini bahan seperti kertas dan plastik yang boleh digunakan semula dapat diasingkan sebelum sisa ini dibuang di tapak pelupusan. Objektif utama kajian ini ialah membangunkan dua sistem pengecaman yang baru iaitu berdasarkan sifat elektrik iaitu kapasitan. Sistem yang digunakan ialah sistem Tomografi Kapasitan Elektrik Berisipadu (ECVT) dan sistem kapasitan berasaskan jarak. Ini merupakan percubaan pertama untuk menggunakan teknik ini di dalam bidang pengurusan sisa pepejal. Dalam sistem ECVT, bahagian keratan rentas yang memerlukan pengimejan dikelilingi oleh satu set elektrod kapasitan (penderia) yang terbentuk daripada plat logam yang mudah. Dinding bekas ECVT diperbuat daripada penebat dan elektrod di pasang pada permukaan di mana pengukuran dapat dilakukan secara tidak invasif (tidak memasukkan alat). Kebanyakkan penderia ECVT adalah berbentuk bulat, tetapi untuk kesesuaian kajian ini, tiga bentuk penderia ECVT yang berbeza telah direka bentuk. Tiga jenis penderia yang direka bentuk dan dianalisa ialah penderia planar 8 saluran, penderia planar 32 saluran dan penderia vassel 32 saluran. Penderia planar 32 saluran menunjukkan taburan sinsitivi yang lebih seragam pada paksi-z yang merupakan kawasan pengujian. Eksperimen telah dilakukan dengan menggunakan kombinasi kertas dan plastik yang mempunyai pemalar dielektrik antara 3 hingga 4 dengan peratusan berat kertas dan plastik yang berbeza. Selain itu satu sistem pengecaman pintar telah dibangunkan yang mengandungi sistem pengendalian bahan, iaitu menggunakan penyampai sabuk, penderia ECVT dan sistem komputer dengan perisian Comsol Multiphysics v3.5 and Matlab 2009a. Bagi penderia kapasitan jarak, reka bentuknya adalah lebih mudah iaitu sebanyak 16 biji penderia digunakan dan disusun pada kotak akrilik dan kehadiran bahan kitar dapat dikesan menggunakan perisian LabView. Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua jenis penderia iaitu ECVT dan penderia kapasitan jarak dapat membuat pengecaman bahan bukan logam seperti kertas dan plastik, serta dapat mengenalpasti kertas dan plastik dengan ketumpatan yang berbeza. Keputusan eksperimen menunjukkan sistem ECVT dapat membuat pengecaman terhadap kertas dan plastik lebih baik berbanding penderia kapasitan jarak kerana had atas dan bawah bagi bahan ujikaji ditentukan terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa batasan menggunakan teknik ini. Kedudukan sampel dan nilai permitiviti sampel yang kecil adalah kelemahan sistem ini menjadikan bahan ujikaji sukar dikesan oleh penderia planar 8 saluran. Penderia planar 32 saluran menunjukkan hasil mengecaman terbaik untuk bahan kitar semula kertas dan plastik.,Ph.D. |
Pages: | 226 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98119+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 973.92 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.