Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486858
Title: | Fitoremediasi serentak besi dan aluminium daripada air sisa perlombongan menggunakan Scirpus grossus dan Lepironia articulate |
Authors: | Nur Izzati Ismail (P68597) |
Supervisor: | Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Prof. Ir. Dr. |
Keywords: | Fitoremediasi Air sisa perlombongan Logam berat Rizobakteria Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 10-Dec-2017 |
Description: | Kebelakangan ini, teknologi hijau menjadi pilihan kebanyakan penyelidik bagi merawat air sisa dan tanah yang tercemar dengan logam berat. Salah satu teknologi yang tergolong dalam teknologi hijau dan diketengahkan dalam kajian ini adalah fitoremediasi yang menggunakan tumbuhan bagi merawat air sisa perlombongan. Antara kelebihan fitoremediasi ialah kos yang efektif dan bersifat mesra alam. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kemampuan tumbuhan tempatan yang boleh digunakan bagi fitoremediasi air sisa perlombongan sintetik. Antara objektif kajian yang perlu dicapai adalah untuk mengenal pasti bahan cemar logam berat yang terdapat dalam sampel berhampiran kawasan perlombongan dan untuk mengenal pasti tumbuhan yang berpotensi menjalani fitoremediasi terhadap bahan cemar logam berat tersebut, menentukan keupayaan fitoremediasi oleh S. grossus dan L. articulata terhadap bahan pencemar logam berat Fe dan Al yang terdapat dalam air sisa perlombongan sintetik, menentukan mekanisme pengambilan Fe dan Al oleh tumbuhan, mengenalpasti peranan rizobakteria dalam fitoremediasi Fe dan Al dan mengoptimumkan keadaan operasi tapak tumbuhan loji pandu secara selanjar. Kajian dimulakan dengan ujian awalan fitotoksisiti diikuti kajian fitotoksisiti, kajian rizobakteria dan kajian tapak tumbuhan loji pandu. Keputusan daripada ujian awalan fitotoksisiti mendapati S. grossus dan L. articulata mampu bertahan dan terus hidup masing-masing pada kepekatan Fe dan Al (mg/L) 300 + 100 dan 450 + 150. Dalam kajian fitotoksisiti, S. grossus mempunyai keupayaan menumpuk Fe dan Al yang lebih tinggi berbanding L. articulata dengan penumpukan maksimum sebanyak 50,277 mg Fe/kg dan 7,744 mg Al/kg. Daripada kajian fitotoksisiti ini juga, nilai Faktor Biopenumpukan (BF) dan Faktor Translokasi (TF) bagi logam Fe dan Al masing-masing melebihi satu dan kurang daripada satu menunjukkan mekanisme yang terlibat semasa fitoremediasi Fe dan Al menggunakan S. grossus dan L. articulata adalah fitopenstabilan. Hasil kajian rizobakteria menunjukkan hanya tiga pencilan (Bacillus cereus strain NII, Bacillus pumilus strain NII dan Brevibacterium sp. strain NII.) mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap campuran Fe dan Al. Proses pengoptimuman keadaan operasi tapak tumbuhan loji pandu (1.8 m panjang x 0.9 m lebar x 0.9 m tinggi) yang dilakukan menggunakan perisian Design Expert memberikan nilai bagi penumpukan maksimum logam Fe dan Al dalam akar S. grossus masing-masing sebanyak 28,385 mg Fe/kg dan 20,344 mg Al/kg. Melalui larian pengesahan, ralat di antara nilai yang diberikan oleh perisian dan eksperimen adalah sebanyak 15% bagi Fe manakala 12% bagi Al. Penambahan konsortium rizobakteria pada tapak tumbuhan loji pandu membantu pertumbuhan S. grossus serta penumpukan Fe dan Al dalam tumbuhan S. grossus. Kesimpulannya, S. grossus mempunyai keupayaan untuk merawat air sisa perlombongan sintetik yang mengandungi Fe dan Al melalui fitoremediasi dengan bantuan konsortium rizobakteria. Melalui kajian ini, dua tumbuhan tempatan ini boleh digunakan untuk merawat air sisa perlombongan yang mengandungi Fe dan Al khususnya dan sebarang air sisa yang mengandungi Fe dan Al. Konsortium rizobakteria yang telah dikenal pasti juga boleh digunakan untuk meningkatkan prestasi fitoremediasi. Di samping itu, keupayaan fitoremediasi yang melibatkan skala loji pandu secara selanjar boleh menjadi model kepada pihak industri mengenai keupayaan proses fitoremediasi secara selanjar yang boleh diaplikasikan di lapangan bagi merawat air sisa perlombongan yang terhasil secara berterusan.,Ph.D. |
Pages: | 381 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97859+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 14.2 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.