Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486855
Title: Permodelan ramalan ketidakselesaan pemandu ketika mengawal dan mengendali pedal minyak kereta
Authors: Ahmed Rithauddeen Yusoff (P60216)
Supervisor: Baba Md. Deros, Prof. Dr.
Keywords: Pedal minyak
Ketidakselesaan
Pemandu
Otot
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 19-Jun-2017
Description: Pedal minyak merupakan salah satu komponen dalaman kereta, yang digunakan oleh pemandu untuk mengawal dan mengendali kereta. Aktiviti otot dan getaran kaki semasa mengawal dan mengendali pedal minyak boleh menyumbang kepada ketidakselesaan dan keletihan pemandu. Di Malaysia, 63.9% kemalangan jalan raya disumbangkan oleh tiga faktor utama iaitu memandu secara berisiko (27.1%); memandu dengan laju (21.1%) dan memandu dalam keletihan (15.7%). Oleh itu, terdapat empat objektif utama di dalam kajian ini iaitu: mengenalpasti kaedah penilaian subjektif; mengenalpasti aktiviti otot dan indeks keletihan; mengenalpasti rangsangan dan kebolehpindahan getaran daripada pedal-pad ke kaki; dan membangunkan model untuk meramalkan ketidakselesaan pemandu ketika menekan dan melepas pedal minyak. Data kajian ini diperolehi dengan menggunakan kaedah penilaian subjektif dan objektif. Skala analog visual (VAS) merupakan kaedah penilaian subjektif yang digunakan untuk mengukur persepsi ketidakselesaan pemandu kereta ketika menekan dan melepaskan pedal minyak. Sementara itu, penilaian objektif menggunakan peralatan elektromyografi permukaan (SEMG) untuk mengukur aktiviti otot Gastrocnemius sisi dan tengah, Soleus, dan Tibialis Anterior yang melibatkan tiga postur dan sudut lutut berbeza. Kemudian, data dianalisis dengan menggunakan analisis temporal, kontraksi semaksima sukarela isometrik (IMVC) - normalisasi, amplitud dan frekuensi. Di samping itu, ujikaji getaran kaki mengambilkira tiga saiz pedal-pad yang berbeza dengan empat tahap halaju dan sistem denyutan digunakan untuk mengekstrakkan isyarat getaran. Analisis data getaran adalah merujuk kepada standard ISO 2631-1:1997 dan kaedah analisis spektra. Kontraksi semaksima sukarela isometrik (IMVC) pada tahap 60% normalisasi, menunjukkan bahawa aktiviti otot Tibialis Anterior pada postur sudut lutut ≤ 110° dalam kedudukan melepas pedal telah mencapai tahap kontraksi otot yang lebih tinggi dan terdapat tanda-tanda keletihan otot berlaku. Keputusan ujikaji ini juga menunjukkan apabila kaki berinteraksi dengan pedal-pad bersaiz besar, ia memberi rangsangan getaran kaki dan kebolehpindaan getaran yang tinggi. Maka ujian regresi berganda digunakan untuk menentukan tahap kesignifikanan samada nilai koefisien aktiviti otot bekerja dan rangsangan getaran kaki boleh dijadikan sebagai pemalar dan peramal kepada ketidakselesaan pemandu. Daripada keputusan tersebut, maka ramalan model linear dapat dibangunkan. Hasil daripada ramalan model linear menunjukkan ketidakselesaan pemandu terhadap aktiviti otot Tibialis Anterior dan rangsangan getaran kaki telah membuktikan bahawa 96.1% (R2:0.961) daripada varians yang wujud menyebabkan kepada ketidakselesaan pemandu ketika menekan dan melepaskan pedal minyak ketika memandu. Oleh yang demikian, maka dapatlah disimpulkan bahawa kedudukan postur pemandu dan saiz pedal-pad boleh menyumbang kepada ketidakselesaan pemandu semasa menekan dan melepaskan pedal minyak kereta.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 308
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96918+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
406.32 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.