Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486853
Title: | Penilaian kestabilan voltan dengan penempatan dan pensaizan optimum penjana fotovolta tersambung-grid |
Authors: | Zetty Adibah Kamaruzzaman (P73008) |
Supervisor: | Azah Mohamed, Prof. Dr. |
Keywords: | Voltan Fotovolta Kestabilan Pengoptimuman Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 19-Jun-2017 |
Description: | Penyepaduan penjana fotovolta tersambung-grid (FVTG) ke dalam sistem kuasa memberi kesan teknikal kerana reka bentuk rangkaian asalnya tidak mengambilkira penyepaduan penjanaan teragih. Pertumbuhan pesat pemasangan modul FVTG dan penembusan tinggi penjanaan FVTG boleh menimbulkan beberapa isu teknikal seperti kualiti kuasa dan kesan ke atas kestabilan voltan sistem kuasa. Kajian ini memberi tumpuan kepada analisis kestabilan voltan statik dan dinamik, dan objektif pertama adalah untuk mengkaji kesan penjana FVTG berskala besar terhadap jidar kestabilan voltan sistem. Untuk menilai kestabilan voltan statik, Indeks Kestabilan Voltan Diperbaiki (IKVD) digunakan sebagai penunjuk keruntuhan voltan untuk menentukan kawasan voltan tak stabil dalam sistem kuasa. Objektif kedua adalah untuk menentukan parameter dinamik sistem FVTG yang memberi kesan terhadap kestabilan voltan dinamik. Objektif ketiga adalah untuk menganggar tahap penembusan maksimum FVTG yang mana sistem boleh menampung tanpa sebarang kesan ke atas profil dan kestabilan voltan. Untuk memperbaiki jidar kestabilan voltan dan mengurangkan kehilangan kuasa dalam sistem kuasa dengan penjana FVTG, perancangan sesuai perlu mengambilkira penempatan dan pensaizan optimum penjana FVTG. Oleh itu, objektif keempat adalah untuk membangunkan teknik pengoptimuman heuristik yang berkesan seperti teknik Pengoptimuman Pacuan Angin (PPA) untuk menentukan lokasi dan saiz optimum penjana FVTG dalam sistem kuasa. Untuk menentukan lokasi optimum FVTG, fungsi objektif mengambilkira pemaksimuman IKVD. Fungsi objektif berbilang dirumus untuk menentukan saiz optimum FVTG, dengan meminimumkan kehilangan kuasa dan IKVD untuk meningkatkan jidar kestabilan voltan. Kesemua kaedah yang dicadangkan dilaksanakan ke atas sistem penghantaran IEEE 118 dan 30 bas dan sistem agihan jejari 69 bas. Analisis kajian kestabilan voltan statik menunjukkan bahawa penembusan tinggi FVTG pada bas kritikal dapat memperbaiki kestabilan voltan dan meningkatkan jidar bebanan. Simulasi domain-masa kestabilan voltan dinamik mengambilkira faktor seperti tenggelam-timbul sinaran suria, beban dinamik seperti motor aruhan dan putusan talian. Keputusan mendapati bahawa kejatuhan voltan secara mendadak disebabkan oleh tenggelam-timbul sinaran suria boleh menyebabkan sistem kuasa mengalami ketakstabilan voltan dinamik. Beban dinamik seperti motor aruhan dan putusan talian turut menyebabkan ketakstabilan voltan dan keruntuhan voltan. Keputusan pengoptimuman menunjukkan bahawa penyepaduan FVTG dalam sistem ujian dapat memperbaiki kestabilan voltan dan mengurangkan kehilangan kuasa dalam sistem. Didapati apabila voltan bas meningkat, nilai IKVD menurun dan kehilangan kuasa berkurangan. Perbandingan prestasi antara teknik PPA dengan teknik algoritma carian kilat dan pengoptimuman kerumunan zarah, menunjukkan bahawa teknik PPA memberikan penumpuan yang lebih pantas berbanding teknik pengoptimuman lain.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 168 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96868+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 196.09 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.