Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486842
Title: | Pengacuanan suntikan logam mikro CoCrMo menggunakan bahan pengikat polietilena/stearin sawit |
Authors: | Azizah Wahi (P55888) |
Supervisor: | Norhamidi Muhamad, Prof. Dr. |
Keywords: | Pengacuanan suntikan Logam mikro Bahan pengikat Injection molding of metals |
Issue Date: | 24-Jan-2017 |
Description: | Pengacuanan suntikan logam mikro merupakan teknologi yang kian pesat digunakan untuk penghasilan produk logam berbentuk kompleks yang memerlukan sifat mekanikal yang tinggi di samping kos efektif. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehprosesan serbuk CoCrMo melalui proses ini. Tumpuan diberikan kepada sifat reologi, pembebanan serbuk isipadu kritikal, pengoptimuman proses suntikan, sifat fizikal dan mekanik hasil pensinteran dan dirawat haba. Serbuk CoCrMo yang digunakan berbentuk sfera yang bersaiz 20μm. Berdasarkan eksperimen awal, bahan suapan dengan bebanan serbuk 67% isipadu dengan bahan pengikat yang terdiri daripada 60% isipadu polietilena dan 40% isipadu stearin sawit telah disediakan dan disuntik. Pengoptimuman parameter pengacuanan suntikan bagi bebanan serbuk 67% isipadu telah dilakukan dengan kaedah rekabentuk Taguchi berdasarkan ketumpatan jasad hijau tertinggi. Parameter pengacuanan suntikan yang optimum adalah suhu penyuntikan 180oC, tekanan penyuntikan 10bar, suhu acuan 100oC, masa pegangan 7 saat dan masa suntikan 5 saat. Proses penyahikatan telah dijalankan secara dua peringkat iaitu proses penyahikatan dengan kaedah pelarut di dalam heptena selama 15 minit untuk menyingkirkan stearin sawit dan disusuli proses penyahikatan terma dalam aliran gas argon pada suhu 500oC selama 1 jam untuk menyingkirkan polietilena. Proses pensinteran dioptimumkan dengan dengan menggunakan kaedah Taguchi-Grey berdasarkan respon ketumpatan, kekuatan dan kekerasan jasad sinter. Hasil ujikaji pensinteran menunjukkan bahawa pensinteran pada suhu 1350oC, kadar pemanasan 2oC/min, masa inap 120 minit dan kadar penyejukan 5oC/min memberikan sifat fizikal dan nilai sifat mekanik tertinggi. Nilai purata ketumpatan, kekerasan dan kekuatan tegangan jasad sinter adalah 7.7g/cm3, 510HV dan 710MPa. Nilai pengecutan adalah 10% berdasarkan dimensi panjang spesimen. Mikrostruktur jasad sinter menunjukkan wujudnya karbida di sempadan bijian menyebabkan nilai kemuluran dan kekuatan bahan menjadi rendah. Penyepuhlindapan pada suhu 1200oC dengan tempoh redaman 120 minit diikuti proses penuaan pada suhu 750oC selama 1 jam telah meleraikan mendakan karbida di sempadan bijian tersebut. Rawatan ini menyebabkan sifat mekanik jasad sinter meningkat. Kekuatan tegangan maksima meningkatkan sehingga 810MPa, manakala ketumpatan padatan 7.9g/cm3 dan kekerasan 550HV. Kekasaran permukaan jasad yang dirawat haba juga adalah lebih baik dengan peningkatan ketumpatan dan penghapusan keliangan. Berdasarkan hasil keputusan penyelidikan ini, dapat disimpulkan bahawa komponen CoCrMo dengan bebanan serbuk 67% isipadu dapat disuntik melalui proses μMIM serta diaplikasikan dalam bidang biomaterial.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 202 |
Call Number: | TN695.A976 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96609+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 428.14 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.