Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486841
Title: | Aplikasi kaedah CAP-SASW dan ERS dalam penentuan profil subpermukaan jalan rayap boleh lentur di lapangan terbang |
Authors: | Norfarah Nadia Ismail (P68600) |
Supervisor: | Nur Izzi Md Yusoff, Dr. |
Keywords: | Turapan Lapangan terbang Kaedah seismik Pavements Flexible -- Testing |
Issue Date: | 16-May-2017 |
Description: | Di Malaysia, penilaian dan penaksiran keadaan turapan biasanya memerlukan penggunaan kaedah musnah seperti silinder awet-di-lapangan dan penggerudian teras turapan. Amalan-amalan sedia ada ini bukan sahaja mahal, tetapi juga tidak mewakili kualiti setempat sesuatu turapan itu akibat daripada keadaan di tapak dan ketidakseragaman tapak. Dari segi prestasi sesuatu turapan boleh lentur, modulus dan ketebalan setiap lapisan dalam turapan tersebut adalah antara faktor utama yang boleh dikaitkan. Penentuan in-situ bagi parameter-parameter ini adalah penting, dan kaedah seismik tanpa musnah telah berjaya mengurangkan kebergantungan terhadap kaedah musnah. Menggunakan rambatan gelombang Rayleigh sebagai elemen terasnya, teknologi ini telah membuktikan kemampuannya untuk mendapatkan parameter-parameter penting dalam penaksiran turapan serta dapat menggambarkan profil subpermukaan dengan jitu. Dalam kajian ini, dua kaedah seismik tanpa musnah; kaedah Carian Resonan Ditambahbaik (ERS) dan kaedah Analisis Spektrum Gelombang Permukaan menggunakan Profil Tatasusunan Sepunya (CAP-SASW) telah digunakan ke atas jalan rayap boleh lentur di Lapangan Terbang Malaysia. Kaedah ERS menggabungkan kelebihan dari kaedah SASW dan kaedah resonan, serta sangat sesuai digunakan bagi mengukur ketebalan dan kekuatan sistem lapisan turapan di lapangan terbang. Kedua-dua parameter ketebalan dan modulus adalah berada dalam nilai yang konsisten. Terdapat sedikit percanggahan keputusan yang diperoleh, namun ianya boleh dijelaskan. CAP-SASW telah digunakan sebagai satu konfigurasi baru yang berbeza berbanding kaedah SASW konvensional. Kaedah ini menghasilkan profil kekukuhan turapan boleh lentur di jalan rayap lapangan terbang. Prosedur songsangan telah dilakukan untuk mendapatkan profil ketebalan dan hasilnya dibandingkan dengan data dari kaedah-kaedah sedia ada iaitu Meter Pesongan Beban Berat (HWD), Radar Penembusan Tanah (GPR), Meter Tusukan Kon Dinamik (DCP) dan penggerudian. Modulus turapan pula diperolehi dengan mengambil manfaat daripada persamaan Yoder dan Witzack, dan bagi kaedah gelombang permukaan ini, modulus yang diperolehi adalah modulus pada terikan kecil. Nilai modulus yang diperolehi bagi setiap lapisan dibandingkan dengan modulus yang diperolehi daripada kaedah HWD. Satu klasifikasi profil turapan jalan rayap di lapangan terbang juga diterbitkan menggunakan parameter halaju gelombang ricih. Lapisan asfalt, lapisan lepasan retak (CRL) dan lapisan tapak simen dirawat (CTB) masing-masing mempunyai julat halaju gelombang ricih >1250 m/s, 1150-1250 m/s dan 450-1150 m/s. Sebagai tambahan, kajian ini juga membentangkan kesan daripada perbezaan tenaga input (berat serta tinggi jatuhan punca penjana) terhadap keputusan CAP-SASW dari segi panjang gelombang minimum dan maksimum. Selain itu, pesongan turapan juga diukur dengan melakukan pengamiran berganda ke atas pecutan yang direkod semasa pengukuran lapangan. Pesongan dalam domain masa ditentukan dengan melakukan songsangan transformasi Fourier terhadap spektrum pesongan (yang berada dalam domain frekuensi). Akhir sekali, hasil kajian disahkan dengan menggunakan kaedah analisis unsur terhingga (FEA). Walaupun kajian ini menggunakan model ideal untuk analisis FEA, hasil penilaian berpadanan baik dengan keputusan lapangan.,Tesis ini tidak ada Perakaun Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 250 |
Call Number: | TE250.N646 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96608+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 130.07 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.