Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486820
Title: Komposit biodegradasi gentian kenaf/polilaktik asid sebagai bahan pengkusyenan
Authors: Faraziah Hassan (P74542)
Supervisor: Rozli Zulkifli, Prof. Madya Ir. Dr.
Keywords: Biodegradasi
Kenaf
Polilaktik asid
Pengkusyenan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Issue Date: 8-Apr-2017
Description: Penggunaan bahan biodegradasi dalam industri pembungkusan telah menjadi fokus kajian ini ke arah melestarikan ekosistem. Kajian ini memperincikan bahan pengkusyenan yang digunakan dalam industri pembungkusan, di mana ia menggunakan kombinasi bahan biodegradasi gentian tikar kenaf dan biopolimer jenis polilaktik asid (PLA) untuk membentuk komposit biodegradasi. Bahan komposit ini mempunyai kelebihan kerana ianya dari bahan biodegradasi yang sesuai sebagai bahan pengkusyenan, namun begitu, kajian terhadap bahan ini masih terhad khususnya dalam kegunaan industri pembungkusan. Kajian eksperimen yang dijalankan ke atas bahan komposit ini terbahagi kepada dua iaitu ujian pencirian dan mekanikal. Ujian pencirian melibatkan analisis morfologi mikroskop elektron imbasan dan analisis terma (TGA) manakala ujian mekanikal melibatkan ujian lenturan dan ujian pengkusyenan. Kaedah penyediaan spesimen ujikaji yang digunakan adalah kaedah penekanan panas dengan saiz sampel 160 mm x 160 mm dan ketebalan 2 mm. Perbandingan komposisi komposit yang sesuai dianalisis menerusi kekuatan lenturan dan perbandingan lengkung kusyen dianalisis menggunakan kaedah tegasan-tenaga untuk menilai keupayaan kusyen komposit gentian kenaf/PLA dalam menahan kejutan secara tiba-tiba. Perbandingan ciri-ciri lengkung kusyen diperolehi dengan menganalisis nilai pecutan puncak, G. Hasil ujikaji sampel kenaf/PLA dibandingkan dengan hasil sampel kawalan bod gelugur polipropilena (PP). Sebanyak 50 sampel telah diuji bagi menentukan nilai G. Ujian ini dijalankan berdasarkan kombinasi pada ketinggian jatuh bebas yang berbeza iaitu 5", 7" dan 9", 2 jenis ketebalan kusyen gentian kenaf/PLA iaitu 2 mm dan 4 mm dan 5 jenis jisim untuk menjana pelbagai beban statik. Nilai G yang diperolehi menerusi eksperimen digunakan untuk membangunkan graf tegasan dinamik berbanding tenaga dinamik. Graf ini menjana persamaan tegasan-tenaga dan peratusan ketepatan data, R2 iaitu 97 % serta memberi nilai pemalar a dan b bagi menjana lengkung kusyen. Kusyen berketebalan 2 mm; pada ketinggian jatuh bebas 5" memberikan nilai G sebanyak 36.66 G (25 kPa), 7" nilai G sebanyak 51.37 G (20 kPa) dan 9" nilai G sebanyak 65.94 G (15 kPa). Kusyen berketebalan 4 mm; pada ketinggian jatuh bebas 5" memberikan nilai G sebanyak 18.33 G (50 kPa), 7" pula sebanyak 25.69 G (35 kPa) dan 9" nilai G sebanyak 32.97 G (30 kPa). Dengan membandingkan nilai G minimum, disimpulkan bahawa terdapat penurunan nilai G apabila ketebalan meningkat. Dan nilai G adalah berkadaran dengan pertambahan ketinggian jatuh bebas. Keseluruhannya, merujuk jadual tahap kerapuhan produk, kajian menunjukkan bahawa bahan komposit biodegradasi kenaf/PLA sesuai sebagai bahan pengkusyenan dalam industri pembungkusan bagi alat jenis rapuh, stabil dan tahan lasak.,Ph.D.
Pages: 175
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_86180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
9.67 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.