Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486809
Title: Development of causal models for organizing and improving the walkway in the city centre of Yasuj, Iran
Authors: Omran Kohzadi Seifabad (P52840)
Supervisor: Amiruddin Ismail, Prof. Engr. Dr. Hj.
Keywords: Causal models
Trails - Iran
Issue Date: 7-Oct-2014
Description: Kebanyakan aktiviti berjalan kaki berlaku di pusat-pusat bandar yang tidak mengira saiz. Pertumbuhan pesat bandar mengakibatkan banyak jalan dibina untuk menampung jumlah besar pejalan kaki dan kenderaan berkelajuan tinggi tanpa laluan dan kemudahan pejalan kaki yang mencukupi. Yasuj-Iran sebagai sebuah bandar saiz sederhana dengan kekurangan bilangan dan kemudahan laluan pejalan kaki, memerlukan sebuah kereta untuk bergerak walaupun untuk perjalanan yang pendek, kerana prestasi laluan pejalan kakinya tidak memuaskan. Di sini, sentiasa akan ada hubungan yang kuat antara mengatur dan menambahbaik laluan pejalan kaki (MMLPK) dan prestasi laluan pejalan kaki (PLPK). Perlu ditegaskan bahawa sekiranya MMLPK diabaikan di pusat bandar (PB) akan mengakibatkan PLPK menjadi teruk dan boleh membawa perubahan kepada tingkah-laku di persekitaran laluan pejalan kaki seperti pejalan kaki rasa terancam untuk berjalan di atas laluan pejalan kaki kerana kereta meletak secara salah dan risiko kenderaan (RK); laluan pejalan kaki tidak menyediakan akses yang selamat dan selesa untuk semua destinasi di antara PB; pejalan kaki tidak boleh berjalan dengan bebas dan selesa; peningkatan pergerakan bebas kenderaan tidak bermotor dan PB yang sesak. Oleh yang demikian, langkah awal untuk menguraikan sebab kesan MMLPK adalah mengenal pasti isu-isu berkaitan dengan punca utama MMLPK. Kajian terdahulu yang dilakukan tidak pula menganggap hubungan daripada perbezaan punca kerana ia boleh menjejaskan MMLPK. Kajian MMLPK ini bertujuan untuk orang ramai menikmati aktiviti-aktiviti di pusat bandar dan objektifnya adalah seperti berikut: untuk mengenal pasti sebab-sebab utama kesesakan di PB, untuk mengenal pasti tahap perkhidmatan laluan pejalan (TPLPK) terkini melalui bancian pejalan kaki, untuk meneroka dan menganalisis faktor-faktor yang menyebabkan atau dan pembolehubah dan hubungan mereka yang memberi kesan kepada MMLPK, dan untuk meneroka dan menentukan punca utama kepada MMLPK. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, kaedah kuantitatif dan kualitatif telah digunakan dan satu kajian rintis telah dijalankan untuk menentukan/mengesahkan parameter pilihan kajian ini. Dalam tahun 2011 kajian soal selidik telah dijalankan kepada 1000 orang peserta pejalan kaki yang berjalan sekurang-kurangnya sekali di pusat bandar Yasuj (PBY). Pada keseluruhannya 75% responden telah memberi maklum balas yang menggalakkan. Dalam menganalisis data terkumpul, kami menggunakan perkhidmatan pengaturcaraan statistik dalam sains social / pakej perisian produk statistik dan perkhidmatan penyelesaian (SPSS) dan analisis struktur momen (AMOS) untuk analisis statistik. Analisis menunjukkan bahawa PLPK adalah bergantung pada MMLPK sebagai parameter bina persekitaran pejalan kaki (BPPK) dalam magnitud menyumbang 34% ke 83%. Keputusan yang diperolehi daripada analisis membuktikan bahawa semua indeks cadangan bagi julat andaian untuk empat model yang dibangunkan dalam kajian memberikan hasil yang memuaskan. Nampaknya, terdapat kaitan yang kukuh antara punca utama MMLPK seperti yang ditunjukkan dalam analisis. Seterusnya, pembangunan model persamaan struktur awal sebab-kesan MMLPK mengenai laluan fizikal dan faktor persekitaran (LPFP) menunjukkan lima kelas punca iaitu keselamatan"
Pages: 498
Call Number: TE304.S444 2014 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80155+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
20.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.