Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486790
Title: Peningkatan produktiviti melalui pelaksanaan pengeluaran bersih (CP) untuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di sektor automotif Indonesia
Authors: Hernadewita (P37852)
Supervisor: Prof. Madya Dr. Mohd. Nizam Ab Rahman
Keywords: Perusahaan kecil dan sederhana
Automotif Indonesia
Issue Date: 2014
Description: eningkatan produktiviti semestinya melibatkan pelaksanaan sistem pengeluaran yang bersepadu dengan faktor persekitaran dalam menghasilkan produk yang dapat diterima pasaran domestik dan antarabangsa. Sistem pengeluaran yang bersepadu ini disebut sebagai pengeluaran bersih (Cleaner Production (CP)), yang tidak hanya boleh mengekalkan daya saing organisasi dalam pasaran malah memberi faedah terutama kepada pengawalan kualiti produk, mutu alam sekitar, dan juga tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Perlaksanaan CP melalui penerapan 4R: guna semula, pengurangan, kitar semula, kerja semula dan 5S: susun, sisih, sapu, seragam, sentiasa amal dalam sistem pengeluaran boleh dilaksanakan samaada secara berasingan mahupun gabungan dan impak pelaksanaan 4R dan 5S ini selalunya mengundang beberapa masalah seperti peningkatan kos, masa dan proses kerja. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kesan perlaksanaan CP melalui penerapan 4R dan 5S terhadap peningkatan produktiviti serta mencadangkan sebuah penerapan 4R dan 5S terhadap peningkatan produktiviti serta mencadangkan sebuah dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik, analisis statistik dan kajian kes. Untuk tujuan tersebut, sebanyak 88 buah syarikat pembuatan automotif di Pulogadung dan Bekasi, Indonesia, dilibatkan dalam kajian tinjauan. Tiga syarikat diantaranya juga dilibatkan dalam kajian kes. Pemilihan sebagai responden utama kajian adalahmelalui kaedah persampelan rawak sederhana terhadap syarikat yang telah memperolehi pensijilan ISO 9001 dan ISO 14001 mahupun yang belum memperolehi. Soal selidik dan kajian kes ini juga digunakan untuk mengenal pasti faedah dan masalah yang dihadapi dalam penerapan CP (sebagai pemboleh ubah bersandar) melalui pelaksanaan sistem pengeluaran terhadap peningkatan produktiviti (sebagai pemboleh ubah tak bersandar). Ujian yang dilakukan terhadap hubung kait antarakedua-dua pemboleh ubah ini adalah dengan menggunakan kaedah analisis laluan dengan perisian SmartPLS. Hasil kajian terhadap soal selidik menunjukkan bahawa tidak ada pengaruh yang signifikan pada pelaksanaan 4R dan 5S secara berasingan pada sistem pengeluaran terhadap peningkatan produktiviti. Dapatan daripada kajian kes menunjukkan bahawa wujud kekangan dalam pelaksanaan CP secara berasingan, yang mengakibatkan kurang berjaya dalam meningkatkan produktiviti, seperti: kurang sokongan pihak pengurusan, pasukan CP yang tidak berjaya, kurangnya latihan dan komunikasi dalam syarikat, serta sikap pekerja yang menolak pelaksanaannya, kerana menganggap pelaksanaan CP sebagai tambahan beban kerja. Akan tetapi, kedua-dua pelaksanaan 4R dan 5S secara selari memberikan pengaruh sebesar 13.58 peratus terhadap peningkatan produktiviti; dan gabungan pelaksanaan 4R dan 5S melalui sistem pengeluaran memberikan pengaruh sebesar 23.77 peratus dan signifikan terhadap peningkatan produktiviti. Selanjutnya, gabungan pelaksanaan CP (4R dan 5S) yang dilaksanakan melalui sistem pengeluaran secara serentak memberikan kesan yang positif terhadap peningkatan produktiviti dan penambahbaikan persekitaran ecara berterusan. Sebagai usaha untuk mengekalkan peningkatan produktiviti dan persekitaran, maka model gabungan yang dicadangkan untuk pelaksanaan 4R dan 5S ni boleh dijadikan sebagai model rujukan untuk penambahbaikan kepada pembangunan PKS komponen automotif di Indonesia.,PHD
Pages: 194
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75375+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.62 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.