Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/486786
Title: | Pengoptimunan Proses Terhadap Pengacuanan Suntikan Serbuk Ti6A1-4V Menggunakan Bahan Pengikat Berasaskan Stearin Sawit |
Authors: | Nor Hafiez Mohamad Nor (P42490) |
Supervisor: | Norhamidi Muhamad, Profesor Dr. Hj. |
Keywords: | Pengoptimunan Proses Pengacuanan Suntikan Serbuk Ti6A1-4V Pengacuanan Suntikan Serbuk Ti6A1-4V Pengoptimunan Proses Pengacuanan Suntikan Serbuk Ti6A1-4V Berasaskan Stearin Sawit Bahan Pengikat Berasaskan Stearin Sawit Mengoptimunkan Pengacuanan Suntikan Serbuk Ti6A1-4V Molding (Founding) |
Issue Date: | 1-Aug-2013 |
Description: | Proses pengacuanan suntikan logam merupakan proses pembuatan dengan kos yang efektif bagi menghasilkan komponen yang kecil, kompleks dan berketepatan tinggi dalam kuantiti yang besar. Pengacuanan suntikan logam titanium (Ti-MIM) sekarang ini menjanjikan nilai pasaran yang tinggi terutamanya dalam bidang aeroangkasa dan perubatan. Penggunaan pencairan pelarut semasa penyahikatan dalam bidang Ti-MIM sekarang ini telah menarik minat pengamal dalam bidang tersebut. Oleh kerana itu, bahan pengikat yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada 60% berat bahan pengikat stearin sawit (PS) dan 40% berat polietalina (PE) yang dicampurkan dengan serbuk Ti-6Al-4V pengatoman gas bersaiz 18μm. Bahan pengikat PS berpotensi digunakan kerana ianya murah dan senang diperoleh di Malaysia. Ciri-ciri bahan pengikat, serbuk logam dan bahan suapan ditentukan dan data-data tersebut dapat digunakan untuk proses-proses seterusnya. Ciri-ciri kebolehaliran bahan suapan dengan pembebanan serbuk yang berbeza juga ditentukan melalui parameter reologi seperti pembebanan serbuk kritikal (CPVP), kelikatan cairan, indeks tingkahlaku aliran, tenaga pengaktifan dan indeks kebolehacuan. Keputusan reologi menunjukkan bahan suapan yang sesuai untuk disuntik adalah pada 63% isipadu, 65% isipadu dan 67% isipadu. Kajian ini juga bertujuan untuk mengoptimumkan parameter setiap proses yang terlibat dalam MIM melalui tatacara ortogonal kaedah Taguchi. Gred Perhubungan Grey (GRG) yang diperoleh daripada anlisis perhubungan Grey (GRA) diaplikasikan bagi pengoptimuman ciri-ciri prestasi berbilang. Kecacatan, kekuatan dan ketumpatan jasad anum merupakan ciri-ciri penting bagi menentukan kualiti jasad hijau. Dengan menggunakan pencirian tersebut, tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan, beban serbuk, suhu acuan, tekanan pegangan dan kadar penyuntikan serta interaksi antara tekanan penyuntikan, suhu penyuntikan dan beban serbuk telah dioptimumkan. Analisis varian (ANOVA) digunakan bagi setiap proses pengoptimuman untuk menilai pengaruh setiap faktor. Suhu penyuntikan menunjukkan faktor terbesar dalam menyumbangkan pengaruh kualiti jasad anum. Jasad anum yang telah dioptimumkan dilakukan proses penyahikatan larutan menggunakan heptana dan pirolisis terma untuk menyingkirkan bahan pengikat. Kadar pemanasan dalam pirolisis terma menjadi penyumbang utama bagi menentukan kejayaan proses penyahikatan diikuti masa dan suhu pirolisis. Seterusnya dalam proses pensinteran, parameter yang optimum adalah suhu pensinteran 1200 oC, masa inap 60 minit, kadar pemanasan 3 oC/min dan kadar penyejukan 10 oC/min. Kadar penyejukan menjadi parameter terpenting dalam proses pensinteran ini. Ujian pengesahan dilakukan dalam kajian ini bagi membuktikan parameter yang dioptimumkan menepati kualiti ciri-ciri jasad anum hinggalah kepada penentuan ketumpatan dan sifat-sifat mekanikal jasad sinter yang baik. Jasad sinter yang dihasilkan dalam kajian ini mempunyai pada 929.91 MPa dan pemanjangan plastik 12.15%. Keputusan ini disertai dengan hasil kandungan karbon sebanyak 0.056% dan oksigen sebanyak 0.00302% menunjukkan jasad sinter menepati piawaian ASTM B817-08.,PhD |
Pages: | 214 |
Call Number: | TS243 .N646 2013 3 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Engineering and Built Environment / Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.79 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.