Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485892
Title: | Tanggungjawab sosial korporat terhadap pekerja, prestasi ekonomi dan keefisienan modal manusia syarikat tersenarai di bursa saham Indonesia: kesan moderasi kesatuan sekerja dan pemilikan kerajaan |
Authors: | Dina Madinah (P83686) |
Supervisor: | Mara Ridhuan Che Abdul Rahman, Dr. |
Keywords: | Social responsibility of business -- Indonesia Industries -- Social aspects -- Indonesia Business enterprises -- Social aspects -- Indonesia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Dec-2020 |
Description: | Pekerja adalah elemen penting sesebuah syarikat. Pekerja boleh dipengaruhi dan mempengaruhi pencapaian objektif syarikat disebabkan mereka adalah sumber kritikal kepada syarikat terutamanya di peringkat operasi. Oleh itu, adalah penting bagi syarikat untuk memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kepentingan dan hak pekerja.Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat terhadap pekerja (CSR-P) adalah mekanisme yang baik untuk memenuhi tujuan tersebut. Amalan terbaik CSR-P walau bagaimanapun bukanlah satu arah sahaja untuk kepentingan para pekerja sebaliknya ia juga akan memberi manfaat kepada syarikat. Berdasarkan kajian lepas didapati masih kurangnya kajian mengenai pengaruh CSR-P terhadap prestasi ekonomi dan keefisienan modal manusia dalam kontek pihak berkepentingan. Selain itu, kajian lepas juga tidak melibatkan pengaruh moderasi pihak kesatuan sekerja dan pemilikan kerajaan terhadap perhubungan ini. Ini sebenarnya adalah lompang dalam bidang kajian CSR yang memerlukan usaha penyelidikan baru. Oleh itu, berdasarkan teori pihak berkepentingan, kajian ini akan mengkaji kesan langsung CSR-P dan peranan kesatuan sekerja dan kehadiran kerajaan dalam memoderasikan hubungan di antara CSR-P dengan prestasi ekonomi dan keefisienan modal manusia. Kajian ini menggunakan 41 item untuk menggambarkan aktiviti CSR-P yang boleh dikelompokkan kepada 4 kategori utama iaitu 1) gaji dan kesejahteraan lain; 2) latihan dan pendidikan; 3) kesihatan dan keselamatan; dan 4) kesamaan jantina, kaum dan agama. Empat kategori ini akan dilihat pengaruhnya terhadap prestasi ekonomi diukur dengan 1) pertumbuhan jualan, 2) pulangan keatas aset (ROA), 3) produktiviti pekerja dan terhadap keefisienan modal insan. Kesatuan sekerja diukur dengan adanya kesatuan buruh di setiap syarikat dan peratusan pemilikan saham kerajaan mewakili kehadiran kerajaan dalam syarikat. Data telah dikutip melalui laporan tahunan korporat dari 99 syarikat selama tifa tahun, 2015,2016 dan 2017 yang menjadikan jumlah sample dikaji sebanyak 297. Kesemua syarikat adalah tersenarai di papan utama Bursa Saham Indonesia. Data dianalisis menggunakan Analysis of Moments Structures (AMOS). Kajian ini memberikan bukti tambahan terhadap teori pihak berkepentingan. Kajian mendapati bahawa gaji dan manfaat kesejahteraan lain mempunyai kesan yang signifikan terhadap pulangan atas jualan dan produktiviti pekerja. Kesamaan jantina, kaum dan agama didapati berpengaruh signifikan terhadap pertumbuhan jualan. Walaupun dapatan kajian masih kurang substantif, kajian ini juga mendapati kesatuan sekerja dan pemilikan kerajaan memberi kesan moderasi terhadap pengaruh CSR-P ke atas kategori tertentu prestasi ekonomi dan keefisienan modal manusia. Kajian ini mencadangkan agar kesatuan sekerja lebih memperkuat lagi peranannya dan kerajaan lebih memperhatikan lagi pencapaian objektif syarikat dengan meningkatkan kawalannya terhadap pihak pengurusan syarikat, yang mana ke semuanya akan menggalakkan pelaksanaan CSR-P dalam syarikat.,Ph.D. |
Pages: | 199 |
Call Number: | HD60.5.I6M333 2020 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_117546+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 120.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.