Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485887
Title: Pembinaan indeks baharu keterangkuman kewangan dan analisis tahap ambang terhadap pertumbuhan ekonomi
Authors: Rosmah Nizam (P86823)
Supervisor: Zulkefly Abdul Karim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Financial institutions -- Technological innovations
Financial services industry -- Information services
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 20-Jan-2020
Description: Keterangkuman kewangan adalah merupakan akses universal kepada pelbagai perkhidmatan kewangan formal pada kos yang berpatutan. Kajian empirikal terdahulu telah membuat pengukuran tahap keterangkuman kewangan secara indeks multidimensi dan indikator secara berasingan dalam mengkaji kesan linearnya terhadap pertumbuhan ekonomi. Maka, kajian ini dilakukan untuk membuat penambahbaikan dari segi ukuran tahap keterangkuman kewangan dan mengkaji kesan tahap ambang dalam hubungan antara keterangkuman kewangan dan pertumbuhan ekonomi daripada perpektif makro dan juga firma. Pengukuran tahap keterangkuman kewangan pada peringkat makro bagi negara kurang membangun, sedang membangun dan membangun (60 buah negara) telah diukur berdasarkan pengiraan Indeks Keterangkuman Kewangan (IFI) yang baharu. Indeks baharu ini telah dibina berasaskan kepada gabungan kaedah parametrik (Analisis Komponen Utama) dan bukan-parametrik (Multidimensi), indikator sebelah penawaran dan sebelah permintaan serta adaptasi dimensi teknologi kewangan (fintech). Indeks baharu ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu IFI tanpa dimensi fintech untuk tempoh masa 2010 hingga 2017 dan IFI dengan dimensi fintech bagi tahun 2014 dan 2017. Manakala, pada peringkat mikro akses kepada kredit di kalangan firma ASEAN-5 (Filipina, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam) telah digunakan sebagai proksi utama keterangkuman kewangan. Kajian ini mengaplikasikan analisis regresi ambang panel dinamik bagi model IFI tanpa dimensi fintech dan analisis regresi tahap ambang keratan rentas bagi model IFI dengan dimensi fintech untuk menganggar kesan ambang keterangkuman kewangan pada tahap makro. Dari sudut mikro (firma) pula, analisis regresi tahap ambang keratan rentas telah digunakan untuk melihat kesan ambang akses kredit terhadap pertumbuhan firma. Hasil kajian mendapati negara membangun dan sedang membangun menunjukkan nilai IFI yang tinggi yang mana mengambarkan tahap keterangkuman kewangan yang tinggi, manakala negara kurang membangun adalah sebaliknya. Nilai IFI dengan dimensi fintech dilihat lebih tinggi berbanding IFI tanpa dimensi fintech. Kesan tahap ambang keterangkuman kewangan pada peringkat makro menunjukkan kesan yang positif dan impak yang lebih besar terhadap pertumbuhan ekonomi di kalangan negara kurang membangun dan sedang membangun berbanding negara membangun. Didapati bahawa pada tahap ketidakrangkuman kewangan, wujud kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi. Pada peringkat mikro pula, kesan ambang akses kepada kredit berhubung secara positif dengan pertumbuhan firma, namun apabila melepasi tahap ambang, kesannya menjadi tidak signifikan. Kesimpulannya, tahap keterangkuman kewangan adalah berbeza bagi setiap negara dan keterangkuman kewangan berhubung secara tidak monotonik dengan pertumbuhan ekonomi di peringkat makro dan mikro. Implikasi daripada kajian ini pada peringkat makro mencadangkan pembentukan dasar dalam konteks kewangan inklusif bersandarkan kepada penambahbaikan ukuran indeks keterangkuman kewangan. Ukuran IFI yang baharu ini boleh digunapakai dan dijadikan asas untuk membuat ukuran tahap keterangkuman kewangan yang sebenar merentasi pelbagai agregat ekonomi. Selain itu, penggubal dasar di sesebuah negara juga perlu mengembangkan penggunaan fintech dalam akses kewangan kerana fintech merupakan elemen terpenting dalam keterangkuman kewangan pada masa kini. Penggubal dasar khususnya di negara kurang membangun juga perlu memberi lebih keutamaan kepada usaha untuk meningkatkan tahap keterangkuman kewangan kerana kesan keterangkuman kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi memberikan manfaat yang lebih besar di negara kurang membangun. Manakala, dari sudut mikro, bagi firma di ASEAN-5, pemilik firma dan institusi kewangan perlu mengawal nilai akses kredit kerana akses kepada kredit yang terlalu tinggi melebihi selang keyakinan tahap ambang memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan firma terutamanya dikalangan firma sektor pembuatan.,Ph.D.
Pages: 228
Call Number: HG1709.R637 2020 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117541+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
138.75 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.