Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485794
Title: Nilai Islam dalam pengurusan modal intelek dan prestasi : sektor perhotelan di Malaysia
Authors: Tengku Kasmini Tengku Wook (P76480)
Supervisor: Noradiva Hamzah, Prof. Madya Dr.
Keywords: Hotel management -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Apr-2022
Description: Modal intelek adalah penting dalam menyumbang kepada kekayaan ekonomi berasaskan pengetahuan dan bertindak sebagai salah satu daripada strategi pengurusan untuk meningkatkan prestasi serta nilai organisasi. Kajian terhadap nilai Islam dalam pengurusan modal intelek (PMI) di sektor perhotelan adalah penting kerana pengurusan hotel yang cekap menyumbang kepada pertumbuhan industri pelancongan. Namun, sejauh manakah kewujudan dan amalan nilai Islam dalam PMI di sektor perhotelan dapat meningkatkan prestasi organisasi masih kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini menyumbang kepada badan ilmu dengan membina nilai-nilai Islam dalam PMI, menganalisis nilai Islam dalam PMI dan menguji hubungan antara nilai Islam dalam PMI dengan prestasi di sektor perhotelan Malaysia. Kajian ini telah menggunakan survei melalui borang soal selidik sebagai teknik pengumpulan data dengan responden terdiri daripada pengurus hotel. Responden dipilih secara kaedah pensampelan rawak berstrata dan analisis data menggunakan perisian SmartPLS. Hasil kajian mendapati bahawa nilai-nilai Islam seperti pengetahuan, takwa, akhlak, ibadah, jujur, halal, kesejahteraan dan menghindari pembaziran merupakan nilai yang diutamakan dalam PMI. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa nilai-nilai Islam ini mempengaruhi PMI di sektor perhotelan dan berhubung secara positif serta signifikan dengan prestasi hotel. Hasil kajian turut mendapati bahawa nilai Islam dalam modal hubungan adalah paling mempengaruhi prestasi hotel. Manakala nilai Islam dalam modal struktur pula adalah paling sedikit mempengaruhi prestasi hotel. Ini merupakan indikasi kepada pihak kerajaan akan kepentingan serta keperluan dalam menggubal akta-akta yang melibatkan pelaksanaan pengurusan organisasi yang berasaskan shariah seperti isu halal/haram serta meningkatkan modal struktur dengan menyediakan fasiliti yang mesra Muslim.,Ph.D
Pages: 187
Call Number: TX910.M4.T443 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130179+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.