Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485791
Title: Pengaruh strategi pematuhan terhadap pematuhan cukai individu di Malaysia : moral cukai sebagai pengantara
Authors: Norul Syuhada Abu Hassan (P89651)
Supervisor: Mohd Rizal Palil, Prof. Madya Dr.
Keywords: Income tax -- Malaysia
Tax administration and procedure -- Malaysia
Business tax -- Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Nov-2022
Description: kebelakangan ini, kepentingan reputasi korporat menjadi semakin ketara, dan syarikat perlu memberikan respons kepada krisis untuk menjaga reputasi syarikat dan kedudukan syarikat dalam komuniti perniagaan. Reputasi korporat memainkan peranan yang sangat khusus dalam kelestarian korporat memandangkan pemegang kepentingan membuat keputusan mereka berdasarkan status reputasi syarikat tersebut. Tanpa reputasi yang baik, adalah sangat mencabar bagi sesebuah syarikat untuk bertahan dalam jangka panjang atau mencapai kemajuan yang baik kerana kehilangan reputasi merupakan ancaman besar kepada kebanyakan syarikat. Oleh itu, firma hendaklah meningkat, melindungi dan mengurus kehilangan reputasi mereka. Kajian sebelum ini menunjukkan peranan tadbir urus korporat dan kualiti pelaporan alam sekitar dan sosial (ESRQ) ke arah menjana reputasi korporat. Secara khususnya, tadbir urus korporat yang baik boleh mempengaruhi dan meningkatkan reputasi korporat. Memandangkan tadbir urus korporat turut mempengaruhi ESRQ, kajian ini meneliti kemungkinan wujud kesan pengantaraan ESRQ terhadap perhubungan antara tadbir urus korporat dan reputasi korporat. Selain itu, kajian ini juga meneliti peranan pemilikan keluarga terhadap perhubungan antara tadbir urus korporat dan ESRQ kerana firma keluarga mendominasi kira-kira 70 peratus daripada firma yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sampel kajian ini adalah 306 syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia untuk tahun 2017 - 2018. Data daripada kajian ini dikumpulkan daripada pelbagai sumber termasuk Data Stream, laman sesawang Brand Finance, google function, laman sesawang firma dan laporan tahunan firma. Hasil kajian menunjukkan kepentingan ESRQ apabila ia sepenuhnya menjadi pengantaraan perhubungan antara tadbir urus korporat dan reputasi korporat. Walau bagaimanapun, kajian ini gagal menunjukkan peranan penyederhana pemilikan keluarga terhadap perhubungan antara tadbir urus korporat dan ESRQ. Kajian ini menyumbang kepada pengetahuan sedia ada dengan memperkenalkan pemboleh ubah penting yang belum pernah diambil kira dalam kajian reputasi korporat dalam konteks Malaysia, menggunakan teori agensi, teori pengisyaratan dan teori kesan pengukuhan. Penemuan ini juga turut membantu pengawal undang-undang dan penggubal dasar untuk memahami dengan lebih baik lagi impak tadbir urus korporat dan ESRQ terhadap reputasi korporat. Penemuan ini juga memberi manfaat kepada para pengamal dan pengurusan korporat dengan menyediakan garis panduan dan input yang berharga untuk mengurus reputasi korporat dengan lebih baik lagi.,Ph.D
Pages: 322
Call Number: HJ4771.6.N678 2022 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130176+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
191.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.