Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485746
Title: Limpahan kemeruapan dan korelasi dinamik antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi di ASEAN-5: penganggaran taburan ralat bukan Gaussian
Authors: Abdul Hafizh Mohd Azam (P86825)
Supervisor: Tamat Sarmidi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Economic development -- Southeast Asia
Investments
Foreign -- Southeast Asia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 26-Aug-2019
Description: Kajian ke atas hubungan antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi sebelum ini kebanyakannya tertumpu kepada analisis momen pertama (min) sahaja. Namun, kajian ini memfokus kepada analisis momen kedua (varians) yang boleh memberi input yang lebih mendalam mengenai isu kemeruapan ataupun risiko. Kemeruapan (diukur melalui varians bersyarat) yang bergerak secara bersama merentasi aset yang berbeza serta penggunaan taburan ralat yang lebih sesuai dalam memodelkan hubungan antara kedua-dua pasaran ini menjadi tunjang utama kepada motivasi kajian. Oleh yang demikian, kajian ini menganalisis arah limpahan kemeruapan dan korelasi dinamik antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi di setiap negara ASEAN-5 dengan mengambil kira taburan ralat bukan Gaussian bermula pada Januari 2000 sehingga Jun 2017. Empat pasaran utama yang digunakan iaitu pasaran saham dan pasaran tukaran asing bagi mewakili pasaran kewangan manakala pasaran emas dan pasaran minyak pula bagi mewakili pasaran komoditi. Sementara itu, pasaran saham S&P 500 dan juga Nikkei 225 digunakan sebagai proksi kepada faktor global dan wilayah. Keputusan kajian dengan menggunakan model GARCH multivariat memberi beberapa penemuan penting. Pertama, secara umumnya wujud limpahan kemeruapan dua hala antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi yang mana arah limpahannya berbeza antara negara (country specific) yang dikaji. Kedua, taburan multivariat student’s-t didapati lebih sesuai berbanding taburan multivariat Gaussian dalam kajian ini. Ketiga, impak faktor global ke atas pasaran kewangan ASEAN-5 didapati lebih berpengaruh berbanding faktor wilayah. Keempat, korelasi dinamik antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi secara relatifnya adalah rendah namun terdapat bukti wujudnya peningkatan atau penurunan yang ketara ke atas tingkat korelasi ketika tempoh krisis kewangan global 2007-2009, peristiwa geopolitik dan dasar luar negara. Kelima, dengan menggunakan kaedah regresi tetingkap bergerak, koefisien penentu korelasi dinamik dilihat berubah mengikut masa dan bererti (signifikan) pada masa-masa tertentu. Selain itu, koefisien dinamik turut sensitif terhadap peristiwa besar yang berlaku pada ekonomi dunia. Akhir sekali, kemeruapan pasaran kewangan dan pasaran komoditi lebih memberi kesan ke atas tingkat korelasi dinamik berbanding faktor makroekonomi. Secara kesimpulannya, keputusan arah limpahan kemeruapan yang berbeza antara setiap negara di ASEAN-5 membuktikan ciri-ciri spesifik bagi setiap negara ini berperanan mempengaruhi arah transmisi risiko antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi di rantau tersebut. Sementara itu, korelasi yang rendah antara pasaran kewangan dan pasaran komoditi menunjukkan terdapat ruang dan peluang untuk kepelbagaian portfolio manakala koefisien yang berubah mengikut masa pula menunjukkan setiap pembolehubah penting pada masa-masa yang berbeza.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 318
Call Number: HC441.A233 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118601+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.