Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/479921
Title: Perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Borneo Utara (PKMBU) dan kesannya ke atas penduduk peribumi Islam Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua
Authors: Afiq Nazrin Nor Rizlan (P82393)
Supervisor: Abdul Rahman Embong, Prof. Emeritus Dato’ Dr.
Keywords: Sabah -- Politics and government
Malaysia -- Politics and government
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations
Academic -- Malaysia
Issue Date: 1-Jul-2018
Description: Asia Tenggara pada dekad selepas Perang Dunia Kedua dipenuhi dengan pergerakan massa rakyat menentang penjajahan. Fenomena nasionalisme di Indonesia banyak mempengaruhi perkembangan pergerakan anti-kolonial dan pergerakan kebangsaan di Tanah Melayu dan secara tidak langsung di Borneo Utara. Kemunculan KMM (1938) dan PKMM (1945) di Tanah Melayu memberi ilham kepada pergerakan kebangsaan di Borneo Utara dengan tertubuhnya PKMBU pada tahun 1946. Dengan menghadkan skopnya kepada penduduk peribumi Islam Borneo Utara, kajian ini bertujuan menelusuri faktor kemunculan dan gagasan PKMBU serta meneliti kesan perjuangannya di dalam pertubuhan sosial yang baharu seperti Angkatan Gaya Baru (AGABA) dan pertubuhan Islam kedaerahan di Borneo Utara. Dari segi teori, kajian ini menggunakan teori Pergerakan Sosial Baharu yang menghujahkan pergerakan sosial bagi masyarakat dijajah boleh berterusan meskipun organisasi pergerakan sosial terbubar. Bahkan, teori ini menjarakkan makna antara organisasi pergerakan sosial dengan teori parti politik. Dari segi kaedah kajian, pengkaji menggunakan sumber primer yang terdiri daripada rekod pertubuhan dan kaedah sejarah lisan dengan wawancara keluarga mantan anggota PKMBU cawangan Labuan iaitu Zakaria Gunn bagi mendapatkan maklumat tentang kemunculan dan kesan perjuangan PKMBU. Kajian ini menghujahkan kemunculan PKMBU yang dipengaruhi oleh perkembangan nasionalisme Melayu telah memberi kesan kepada pergerakan dan kesedaran sosial penduduk peribumi Islam Borneo Utara. PKMBU membentuk organisasi pergerakan sosial menerusi gagasan Melayu Raya. Berbanding dengan KMM dan PKMM yang bergerak dalam wadah politik radikal di Tanah Melayu, PKMBU yang sederhana sifatnya menjadikan rencana sosial sebagai cara untuk membangkitkan sentimen nasionalisme kepada penduduk peribumi Islam di Labuan khususnya dan Borneo Utara umumnya. Peranan Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) yang ditubuhkan di Borneo Utara pada tahun 1938 menerusi wadah persuratan dan sastera nasionalisme, peranan PKMM serta kehadiran beberapa tokoh nasionalis dari Tanah Melayu menjadi faktor penubuhan PKMBU, di samping kesengsaraan hidup yang dihadapi selepas pendudukan Jepun, pengaruh kelompok inteligensia dari MPSI dan sekolah Melayu menjadi penyumbang kepada pergerakan PKMBU. Namun begitu, PKMBU menghadapi pelbagai kekangan khususnya untuk memobilisasi politik pergerakan kerana kesukaran untuk mengenepikan persekitaran konflik dan perjuangan politiknya pula tidak jelas menunjukkan perjuangan untuk menggantikan pentadbiran British kepada pentadbiran rakyat. Walau bagaimanapun, perjuangan PKMBU yang sering menjalankan tuntutan massa dan terdapat anggotanya yang terus bergiat dalam pertubuhan sosial selepas pembubaran PKMBU berjaya meningkatkan kesedaran sosial kepada penduduk peribumi Islam. Secara umumnya, kajian ini memberi sumbangan dalam batas tertentu kepada ilmu sosiologi sejarah dan juga tentang sejarah nasionalisme di Sabah.,Sarjana Falsafah
Pages: 182
Call Number: DS597.336.A355 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_107290+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
10.94 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.