Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476664
Title: Penyetempatan plat dan pengiraan kenderaan menggunakan unjuran blob menegak dan penjejakan kontur objek
Authors: Abbas Salimi Zaini (P80692)
Supervisor: Azizi Abdullah, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Penyetempatan plat
Kenderaan
Sistem pengecaman
Issue Date: 10-Jan-2020
Description: Di Malaysia, sistem pengecaman kenderaan (SPK) berkembang pesat kerana potensinya untuk dipasarkan. Tambahan pula, ia boleh menjana sumber pendapatan baharu dalam pasaran dan bermanfaat kepada masyarakat dan negara. Sistem SPK telah diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti mengenal pasti identiti kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa keselamatan dan sistem kutipan tol elektronik oleh agensi-agensi lebuh raya. Terdapat pelbagai aplikasi SPK antaranya pengecaman plat kenderaan dan pengiraan kenderaan. Di dalam sistem pengecaman plat kenderaan terdapat proses penyetempatan plat kenderaan. Proses penyetempatan ini berhadapan dengan cabaran contohnya isu pencahayaan. Seterusnya, proses pengiraan kenderaan pula berhadapan dengan isu petua garis rujukan. Suatu penyelesaian yang mungkin dapat menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan kaedah projeksi menegak berasaskan fitur pinggir dan kaedah pengiraan berasaskan kontur. Walaupun kaedah penyetempatan ini diakui utuh kepada pencahayaan, namun, ia cenderung untuk menghasilkan pinggir palsu seterusnya menyebabkan prestasi pengecaman plat kenderaan menurun. Kaedah pengiraan ini pula sangat sensitif kepada hingar. Oleh itu, matlamat kajian ini (1) Mengkaji kaedah penyetempatan plat kenderaan menggunakan unjuran menegak berasaskan informasi blob, (2) Mencadang kaedah pengiraan kenderaan berasaskan penjejakan kontur objek dan (3) Membangun sistem pengecaman plat menggunakan unjuran menegak berasaskan blob dan pengiraan kenderaan berasaskan penjejakan kontur dalam persekitaran masa nyata. Kaedah penyetempatan cadangan mengandungi empat langkah utama iaitu pra-pemprosessan, carian blob segi empat, analisis dan projeksi menegak blob-blob segi empat. Kaedah penyetempatan ini kemudiannya diuji menggunakan set data plat kenderaan Eropah iaitu set data Baza Slika yang memilik 167 imej kenderaan dan set data Ondrej yang memiliki 97 imej kenderaan. Hasil kajian menunjukkan kaedah cadangan mengatasi kaedah cadangan Ondrej dengan skor ketepatan 95% pada set data Baza Slika dan sedikit rendah pada set data Ondrej iaitu 91% skor ketepatan. Selanjutnya, kaedah cadangan diuji menggunakan set data plat Malaysia iaitu Set Data Tol Sungai Long yang memiliki 584 imej kenderaan berbeza situasi pencahayaan, iaitu 297 imej pada waktu pagi, 140 imej pada waktu petang dan 147 imej pada waktu malam. Kaedah cadangan mengatasi kaedah penanda aras yang lain dan skor ketepatan sebanyak 91.24%, 93.57% dan 75.51% pada masing-masing waktu pagi, petang dan malam. Akhir sekali, untuk pengiraan kenderaan kaedah cadangan mendapat skor sebanyak 91% dan 97% bagi kenderaan keluar dan masuk lebih baik dari kaedah penanda aras pada set data Taman Desa Surada.,Sarjana Teknologi Maklumat
Pages: 161
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123814+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.