Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476663
Title: | Model simulasi dan visualisasi bagi pembelajaran impak industri kuari kepada alam sekitar |
Authors: | Sazrol Fadzli (P90720) |
Supervisor: | Jamaiah Yahaya, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Quarries and quarrying Environmental management Pollution Visualisasi |
Issue Date: | 31-Dec-2019 |
Description: | Pencemaran daripada aktiviti pengkuarian merupakan isu alam sekitar di Malaysia. Justeru, salah satu cara penyelesaian isu alam sekitar adalah dengan meningkatkan pengetahuan dalam pengurusan alam sekitar menggunakan simulasi dan visualisasi (S&V). S&V membolehkan penerokaan pengetahuan dan persekitaran senario yang bahaya, mengambil masa atau senario kompleks dapat diwujud dan dipraktikkan. Sehubungan itu, pemodelan diperlukan dalam pembangunan S&V bagi menentukan spesifikasi keperluan yang diperlukan. Namun begitu, pemodelan ke atas data alam sekitar berkaitan aktiviti kuari tidak digunakan dalam penerokaan pengetahuan dan pembelajaran secara komprehensif walaupun aktiviti pembelajaran berasaskan alam sekitar seperti penggunaan persekitaran kuari boleh digunakan sebagai satu bahan pengajaran yang bermanfaat dan berupaya untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Peralatan dan kaedah sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza dan dinamik. Objektif kajian ini adalah i)Mengenal pasti komponen yang diperlukan dalam model pembelajaran impak industri kuari ke atas alam sekitar (PRInK); ii)Membangun model berdasarkan komponen yang dikenal pasti; dan iii)Membangun prototaip S&V aktiviti kuari berasaskan model yang dibangunkan (Sistem EELS). Kajian ini dilaksanakan melalui lima fasa iaitu: i)Kajian teori; ii)Kajian empirik; iii)Pembangunan model, iv)Reka bentuk dan pembangunan prototaip; dan v) Pengesahan dan pengujian. Daripada kajian empirik, lima komponen utama S&V dikenal pasti iaitu i)Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL); ii)Tahap motivasi; iii)Data alam sekitar; iv)Hasil pembelajaran; dan v)Adaptasi kepada konteks masalah. Komponen-komponen ini diolah untuk membentuk model Simulasi dan Visualisasi Bagi Pembelajaran Impak Industri Kuari Kepada Alam Sekitar (model SV PRInK). Kajian ini mencadangkan Model SV PRInK dibangun sebagai suatu reka bentuk yang mengintegrasi simulasi, visualisasi dan model pembelajaran untuk meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran sains dan teknologi. Model ini diuji dan disahkan melalui pembangunan prototaip EELS dalam persekitaran awan menggunakan data sebenar aktiviti kuari yang terdiri daripada data habuk, hingar dan gegaran. Ia mengaplikasikan model komputasional agar pengguna dapat mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan senario pengkuarian sebenar. Berdasarkan penilaian pelajar, nilai min skor tahap kebolehgunaan prototaip EELS adalah melebihi 4.00 iaitu menunjukkan kadar penerimaan kebolehgunaan prototaip yang tinggi dan berjaya. Kajian ini menyumbang kepada penghasilan model untuk simulasi dan pengolahan industri dalam pembelajaran berdasarkan model pembelajaran 5E.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 192 |
Call Number: | TN277 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123756+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 7.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.