Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476652
Title: | Model penilaian prestasi sistem maklumat berdasarkan kualiti sistem |
Authors: | Mohd Reffi Hidayat Roslan (P83724) |
Supervisor: | Kamsuriah Ahmad, Prof. Madya. Dr. |
Keywords: | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia Sistem maklumat Kualiti Pengurusan maklumat |
Issue Date: | 11-Sep-2019 |
Description: | Sistem maklumat dilihat menjadi salah satu faktor dalam menjadikan organisasi itu berjalan dengan lancar. Oleh kerana kepentingannya yang semakin meningkat, pelbagai usaha dan aktiviti dilakukan agar pembangunan perisian pengurusan maklumat ini dapat dibangunkan dengan kaedah yang terbaik. Fenomena ini seterusnya mewujudkan pelaksanaan analisis terhadap sistem yang digunakan. Lambakan model penilaian yang mempunyai fokus perspektif yang berbeza memerlukan organisasi dalam memilih dan menggunakan pelbagai model penilaian agar analisis yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek. Oleh itu, permasalahan yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah, model manakah yang sering digunakan dalam kajian terdahulu sebagai model penilaian prestasi. Seterusnya, strategi efektif dalam model penilaian sistem dilihat penting, agar penambahbaikan sistem maklumat dapat dilakukan sesuai dengan faktor penilaian yang telah digariskan. Namun, kajian mendapati kurangnya model penilaian yang turut disertakan bersama strategi efektif terutama dalam kualiti sistem. Dari itu, permasalahan yang perlu diselesaikan dalam kajian ini ialah dengan membangunkan model penilaian prestasi sistem maklumat yang turut disertakan bersama strategi efektif. Tiga objektif kajian dikenalpasti melalui pemasalahan kajian tersebut. Pertama, mengenalpasti faktor dan pengukuran penilaian sistem maklumat. Kedua, membangunkan model penilaian prestasi sistem maklumat berdasarkan faktor yang telah dikenalpasti. Seterusnya, mendapatkan pengesahan pakar terhadap model yang dibangunkan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, dengan melibatkan seramai 43 orang yang terlibat dalam pembangunan sistem dilantik sebagai responden kajian. Melalui hasil kajian kuantitatif menggunakan analisis korelasi dan regrasi menunjukan bahawa kualiti data, kepuasan pengguna dan kehendak organisasi mempunyai hubungan yang positif dalam penilaian kualiti sistem. Selain itu, strategi efektif yang telah digariskan juga mempunyai hubungan yang positif dalam penilaian prestasi sistem maklumat. Analisis yang dijalankan juga membuktikan bahawa kualiti sistem mempunyai hubungan yang positif terhadap prestasi sistem maklumat. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Seterusnya hasil dapatan kajian yang diperolehi, telah mendapat pengesahan daripada 3 orang pakar yang turut mencadangkan element tambahan dalam strategi efektif, yang akan membantu organisasi dalam mencapai faktor penilaian yang telah digariskan. Kesimpulannya, model penilaian prestasi sistem maklumat berdasarkan kualiti sistem ini boleh digunakan berdasarkan 3 faktor utama iaitu kualiti data, kepuasan pengguna dan kehendak organisasi.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 166 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123669+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.65 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.