Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476652
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamsuriah Ahmad, Prof. Madya. Dr.
dc.contributor.authorMohd Reffi Hidayat Roslan (P83724)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:23:19Z-
dc.date.available2023-10-06T09:23:19Z-
dc.date.issued2019-09-11
dc.identifier.otherukmvital:123669
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476652-
dc.descriptionSistem maklumat dilihat menjadi salah satu faktor dalam menjadikan organisasi itu berjalan dengan lancar. Oleh kerana kepentingannya yang semakin meningkat, pelbagai usaha dan aktiviti dilakukan agar pembangunan perisian pengurusan maklumat ini dapat dibangunkan dengan kaedah yang terbaik. Fenomena ini seterusnya mewujudkan pelaksanaan analisis terhadap sistem yang digunakan. Lambakan model penilaian yang mempunyai fokus perspektif yang berbeza memerlukan organisasi dalam memilih dan menggunakan pelbagai model penilaian agar analisis yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek. Oleh itu, permasalahan yang dikenalpasti dalam kajian ini ialah, model manakah yang sering digunakan dalam kajian terdahulu sebagai model penilaian prestasi. Seterusnya, strategi efektif dalam model penilaian sistem dilihat penting, agar penambahbaikan sistem maklumat dapat dilakukan sesuai dengan faktor penilaian yang telah digariskan. Namun, kajian mendapati kurangnya model penilaian yang turut disertakan bersama strategi efektif terutama dalam kualiti sistem. Dari itu, permasalahan yang perlu diselesaikan dalam kajian ini ialah dengan membangunkan model penilaian prestasi sistem maklumat yang turut disertakan bersama strategi efektif. Tiga objektif kajian dikenalpasti melalui pemasalahan kajian tersebut. Pertama, mengenalpasti faktor dan pengukuran penilaian sistem maklumat. Kedua, membangunkan model penilaian prestasi sistem maklumat berdasarkan faktor yang telah dikenalpasti. Seterusnya, mendapatkan pengesahan pakar terhadap model yang dibangunkan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, dengan melibatkan seramai 43 orang yang terlibat dalam pembangunan sistem dilantik sebagai responden kajian. Melalui hasil kajian kuantitatif menggunakan analisis korelasi dan regrasi menunjukan bahawa kualiti data, kepuasan pengguna dan kehendak organisasi mempunyai hubungan yang positif dalam penilaian kualiti sistem. Selain itu, strategi efektif yang telah digariskan juga mempunyai hubungan yang positif dalam penilaian prestasi sistem maklumat. Analisis yang dijalankan juga membuktikan bahawa kualiti sistem mempunyai hubungan yang positif terhadap prestasi sistem maklumat. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS. Seterusnya hasil dapatan kajian yang diperolehi, telah mendapat pengesahan daripada 3 orang pakar yang turut mencadangkan element tambahan dalam strategi efektif, yang akan membantu organisasi dalam mencapai faktor penilaian yang telah digariskan. Kesimpulannya, model penilaian prestasi sistem maklumat berdasarkan kualiti sistem ini boleh digunakan berdasarkan 3 faktor utama iaitu kualiti data, kepuasan pengguna dan kehendak organisasi.,Sarjana Teknologi Maklumat
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectSistem maklumat
dc.subjectKualiti
dc.subjectPengurusan maklumat
dc.titleModel penilaian prestasi sistem maklumat berdasarkan kualiti sistem
dc.typetheses
dc.format.pages166
dc.identifier.barcode005801(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123669+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.