Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476638
Title: Faktor penentu keberkesanan sistem pengurusan pengetahuan terhadap masyarakat berpengetahuan
Authors: Nur Afni Abdul Mutalib (P61069)
Supervisor: Nur Fazidah Elias, Dr.
Keywords: Knowledge management
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 16-Nov-2016
Description: Sistem pengurusan pengetahuan (KMS) adalah merupakan satu sistem yang dicipta untuk mengurus pengetahuan organisasi. KMS yang berjaya hendaklah memberi kesan yang positif kepada penggunanya. Kesan positif ini boleh diukur dengan mengguna instrumen yang sesuai. Pengkaji terdahulu kebanyakannya mengukur sistem KM melalui kepuasan pengguna terhadap sistem ini sebagai fokus utama. Namun masih kurang yang mengukur keberkesanan sistem KM terhadap pengguna. Sesuatu sistem yang berkesan hendaklah diukur secara menyeluruh. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang menjadi penentu kepada keberkesanan KMS. Model SECI telah diguna sebagai asas pembangunan instrumen. Empat faktor daripada Model SECI telah diambil iaitu Pergaulan, Pengantarabangsaan, Gabungan dan Pembudayaan. Selain itu, instrumen kepuasan pengguna sistem KM yang mengandungi enam faktor dan juga model IS-Impact digabung bersama untuk menghasilkan suatu instrumen yang menyeluruh. Gabungan instrumen ini telah diuji dengan mengukur impak sistem Google.com yang merupakan salah satu contoh sistem pengurusan pengetahuan. Instrumen telah diedarkan secara bersemuka kepada 500 pelajar di IPT kawasan Bangi dan kawasan berhampiran dengannya. Ujian korelasi, kebolehpercayaan dan regresi berganda diguna untuk menguji dan mengesahkan instrumen kajian. Hasil kajian menunjukkan tiga faktor dalam model SECI iaitu faktor Pengantarabangsaan, Gabungan dan Pembudayaan adalah signifikan sebagai penentu keberkesanan sesuatu sistem KM terhadap pengguna. Hasil juga menunjukkan impak KMS kepada pengguna mempengaruhi kepuasan pengguna terhadap KMS.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah""
Pages: 88
Call Number: HD30.2.N833 2016 3 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122278+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.