Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476622
Title: | Rangka kerja aplikasi rangkaian sosial untuk menerapkan Kemahiran Proses Sains (KPS) |
Authors: | Ashraf Naim (P65699) |
Supervisor: | Amirah Ismail, Dr. |
Keywords: | Social networks Science -- Study and teaching (Elementary) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-May-2017 |
Description: | Pada hari ini, aplikasi rangkaian sosial menjadi medium pengantara yang paling berkesan antara dua individu untuk saling berinteraksi antara satu sama lain secara dalam talian. Penggunaan rangkaian sosial semakin mendapat perhatian dan digunakan secara meluas oleh para remaja dan dewasa. Subjek Sains sentiasa dianggap sukar oleh pelajar sehingga menyebabkan ia menjadi mata pelajaran yang kurang diminati disebabkan persepsi negatif pelajar terhadap subjek ini sejak di bangku sekolah rendah lagi. Strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam subjek Sains sekolah rendah berteraskan pembelajaran melalui pengalaman yang mengutamakan Kemahiran Proses Sains (KPS), pendekatan inkuiri, mencari maklumat, menyoal dan menyiasat adalah selari dengan ciri-ciri aplikasi rangkaian sosial yang bersifat interaksi dua hala. Kajian perlu dijalankan terhadap penggunaan alat rangkaian sosial dalam pendidikan terutamanya dalam subjek Sains sekolah rendah. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mereka bentuk rangka kerja Interaksi Rangkaian Sosial dalam Modul Pembelajaran (SNILearning) bagi subjek Sains sekolah rendah berdasarkan pendekatan Model Inkuiri Sains yang digunakan dalam P&P. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan dan tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi rangkaian sosial dalam P&P, mereka bentuk rangka kerja penerapan aplikasi rangkaian sosial dalam P&P Sains sekolah rendah, membangun aplikasi rangkaian sosial dan menilai penggunaannya terhadap pelajar sekolah rendah dalam menguasai KPS. Berdasarkan kepada rangka kerja yang dihasilkan, suatu prototaip aplikasi rangkaian sosial berasaskan laman web telah dibangunkan menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE). Prototaip yang dihasilkan telah diuji dan dinilai dari segi kebolehgunaan oleh pengguna yang dipilih dari kalangan guru dan pelajar sekolah rendah. Rangka kerja ini boleh dijadikan sebagai satu garis panduan integrasi aplikasi rangkaian sosial dalam pedagogi yang mana boleh menggalakkan interaksi dan pembelajaran sekaligus meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Di samping itu, ia dapat dijadikan alternatif pembelajaran dalam bentuk paparan komputer yang boleh diakses pada bila-bila masa dan membina satu jaringan baru di antara pelajar dan guru dalam bentuk komunikasi digital.,Sarjana Teknologi Maklumat |
Pages: | 121 |
Call Number: | HM741.A834 2017 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122169+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 17.88 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.